Lagu Allah Peduli diharam

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengharamkan lagu Allah Peduli nyanyian penyanyi terkenal Indonesia, Agnes Monica kerana liriknya mengelirukan dan boleh memesongkan akidah.
Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa menegaskan, ini kerana pihaknya berpendirian penggunaan kalimah Allah hanya untuk orang Islam sahaja.
Katanya, walaupun beliau belum pernah mendengar lagu penyanyi Indonesia yang beragama Kristian itu dan tidak pasti sekiranya ia ada diputarkan di negeri ini, namun hakikatnya lagu itu boleh diharamkan.
"Penggunaan kalimah Allah diwartakan di bawah Bahagian I Jadual kepada Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 sebagai perkataan yang tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam.
"Mana-mana orang bukan Islam yang menggunakan perkataan Allah dalam kitab agama atau penerbitan agama bukan Islam melakukan kesalahan dan boleh didakwa di bawah enakmen tersebut," katanya di sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan beberapa laman blog yang mengecam dan mengutuk lagu penyanyi Indonesia itu yang kini popular dalam siri drama yang ditayangkan stesen televisyen popular.
Berdasarkan lirik lagu tersebut, perkataan Allah diulang beberapa kali di bait-bait awal lagu tersebut, manakala perkataan 'Sebab Allah Yesus ku mengerti' di lirik akhir lagu tiga minit 40 saat itu.
- KOSMO!


Buat lagu, biarlah dengan tajuk yang elok...
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Azam Baru – Semangat Baru UMNO
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
yang membimbangkan, penggunaan perkataan Allah bagi agama kristian atau mana2 agama selain Islam boleh mengelirukan umat Islam yang jahil agama. Takut2 akidah umat islam terpesong kerana keliru dgn "Allah" yg digunakan kristian, dan Allah yang Maha Esa yang disembah org Islam. Maklum sajalah, sudah ramai org Islam yg telah murtad. Sama2 renungkan.
mane bley wat lirik "Sebab Allah Yesus ku".. Allah tu satu je Maha Esa.. lagu ni akn kelirukan umat islam.. cubela sensitif sket bab2 agama nih..sapela penulis lirik neh... ish...