Top Ad 728x90

, ,

Nik Aziz terima Nizar sebagai calon Pas

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini akur dan bersetuju dengan pencalonan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin untuk bertanding mewakili parti itu pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak pada 7 April ini.

Beliau yang sebelum ini tidak bersetuju dengan pencalonan bekas Menteri Besar Perak itu untuk bertanding di kerusi berkenaan, telah memberi restu kerana yakin Mohammad Nizar boleh membawa kemenangan dan mempunyai kekuatan untuk menjalankan dua tanggungjawab serentak.

"Saya waktu dulu (tidak bersetuju dengan cadangan itu) buat alasan zaman bekas Presiden Pas, Datuk Asri Muda pegang jawatan menteri dan Ahli Dewan Undang Negeri (ADUN), tetapi dia tidak mampu laksanakan tanggungjawab mereka dan lama kelamaan pengaruhnya merosot.

"Tetapi sekarang, keadaan tidak sama dengan zaman Datuk Asri, saya restu (pencalonan Mohamad Nizar) dan saya sudah telefon ke Kuala Lumpur ketika mesyuarat pemilihan calon serta meminta mereka sampaikan salam kepadanya," kata Menteri Besar Kelantan itu kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pemilihan Mohammad Nizar, 52, sebagai sebagai calon Pas bagi kerusi Bukit Gantang itu.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada majlis mengumumkan calon di padang Taman Kota Jaya, Simpang, Taiping, Perak malam tadi.

Sebelum ini, Nik Abdul Aziz dilaporkan tidak bersetuju dengan cadangan mencalonkan Mohammad Nizar kerana masih tidak yakin bekas Menteri Besar Perak itu mampu melaksanakan dua tugas secara serentak.

Nik Abdul Aziz berkata, pencalonan Mohammad Nizar akan memberi kelebihan kepada Pas pada pilihan raya kecil tersebut walaupun berhadapan dengan pelbagai isu terutama penderhakaan kepada Sultan Perak.

"Saya tidak nampak ada gangguan ke atas pencalonan itu, sebab rakyat tidak kira apa kaum memberikan sokongan kepada Pas pada hari ini.

"Rakyat sedar walau siapa pun memerintah, pembangunan akan tetap dilakukan, tengok Kelantan walau 18 tahun di perintah oleh Pas pembangunan tetap berjalan seperti biasa, semua pihak ada fungsi kerajaan negeri dan Pusat ada tugas masing-masing," katanya.

- UTUSAN

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90