Perodua tawar insentif RM5,000 mulai 1 April 2009


Orang ramai yang mahu membeli kenderaan Perodua baru dengan mengambil kesempatan terhadap insentif diskaun RM5,000 boleh berbuat demikian di mana-mana cawangan jualan syarikat itu di seluruh negara mulai 1 April.

Daripada 4.8 juta kenderaan berusia 10 tahun dan ke atas di jalan raya sekarang, kira-kira 300,000 buah dari jenama Perodua seperti Kancil, Rusa dan Kembara keluaran 1994 hingga 1999.

Pengarah Urusan Perodua, Datuk Syed Abdull Hafiz Syed Abu Bakar berkata, syarikat itu sedang memuktamadkan butiran mengenai insentif pelupusan itu dan akan mengumumkannya akhir bulan ini.

Perodua MyVi yang kini berharga dari RM38,900 untuk model 1.0L SR hingga RM53,800 bagi 1.3SE ZHS di atas jalan dengan insurans akan lebih murah RM5,000 mulai 1 April ini.

- KOSMO!
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url