Populasi dunia 9 bilion 2050 - PBB
Laporan anggaran itu yang dikeluarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini menunjukkan, perkembangan pesat berlaku di kalangan individu berumur 15 hingga 59 tahun (1.2 bilion) dan individu berumur lebih 60 tahun (1.1 bilion).
Kajian 2008 oleh PBB itu juga menunjukkan berlaku perubahan minimum bagi pertumbuhan populasi di negara-negara membangun iaitu daripada 1.23 bilion kepada 1.28 bilion bagi tempoh yang sama.
Turut dilaporkan, populasi berkenaan juga mencatat penurunan kepada 1.15 bilion tanpa unjuran penghijrahan bersih dari negara-negara membangun ke negara maju, yang dijangka mencapai purata 2.4 juta orang setiap tahun dari tahun ini hingga 2050.
Pada tahun 2005 hingga 2010, penghijrahan bersih daripada lapan negara iaitu Belgium, Macau, Republik Czech, Luxembourg, Qatar, Singapura, Slovenia dan Sepanyol mencatat peningkatan dua kali ganda daripada pertambahan populasi dalam negara itu sendiri akibat kematian semasa lahir yang kurang.
Antara tahun 2010 hingga 2050, beberapa negara disenarai sebagai penerima migran paling banyak termasuk Amerika Syarikat (1.1 juta setiap tahun); Kanada (214,000); Britain (174,000); Sepanyol (170,000); Itali (159,000); Jerman (110,000); Australia (100,000); dan Perancis (100,000).
- AFP

