Blogger disiasat fitnah Zamzarina
Polis sedang menyiasat identiti seorang suspek yang dipercayai menyebarkan fitnah terhadap personaliti Radio Televisyen Malaysia (RTM), Zamzarina Zambri menerusi satu laman blog.
Kosmo! Ahad difahamkan, polis masih menyiasat identiti blogger terbabit.
"Melalui laporan yang dibuat mangsa pada 8 Mac lalu, Zamzarina mendakwa fitnah tersebut tersebar selepas ia ditulis dalam satu laman blog yang kita sendiri masih mencari penulis sebenarnya.
"Setakat ini kita masih menunggu laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjejaki penulis sebenar,'' kata satu sumber di sini semalam.
Zamzarina, 36, sebelum ini difitnah kononnya berkhalwat dengan Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Datuk Kamaruddin Siaraf dan kedua-duanya menafikannya.
Pada 27 Mac lalu Kosmo! melaporkan, setelah sekian lama membisu, Zamzarina akhirnya bersuara berikutan dakwaan khalwat dirinya yang disamakan dengan pelakon Memey Suhaiza dan Norman Hakim.
- KOSMO!
jgn mudah mendengar fitnah..selidiki dulu sejauh mana kebenarannya,nanti bnyk tompok2 hitam dlm hati kita..he3
tp mungkin ada betulnya..tol x? org zmn skrg ni,belambak2 da bergelumang dengan maksiat.. tmbh2 org glemer..yg xglemer pon tumpang glemer jugak lew..huhu
mmg betul xleh percaya fitnah2 tu,tp cuba selidik jugak..mungkin ada kebenarannya..