Gula-gula getah pintarkan anak?
Satu kajian oleh para penyelidik dari Amerika Syarikat (AS) mendapati bahawa mengunyah gula-gula getah mungkin dapat meningkatkan pencapaian akademik golongan remaja.
Ketika ini kebanyakan sekolah di AS mengharamkan perbuatan mengunyah gula getah kerana para pelajar didapati suka membuang sisa gula getah yang melekit di bawah meja atau kerusi.
Bagaimanapun satu pasukan penyelidik diketuai oleh Craig Johnston dari Baylor College of Medicine di Houston, mendapati bahawa pelajar yang mengunyah gula getah ketika kelas matematik memperoleh markah lebih tinggi dalam ujian dan gred mereka bertambah baik menjelang akhir penggal berbanding dengan pelajar yang tidak mengunyah gula getah.
Kajian dibiayai oleh pembuat gula getah terkenal,Wrigley.
Pengarah Eksekutif Institut Sains Wrigley, Gil Leveille, berkata, Wrigley mendapat maklum balas daripada ramai pelanggan yang menyatakan mengunyah gula getah menjadikan mereka lebih fokus.
- REUTERS
tis article luk intresting la...can i grab tis...huhu
couple of years ago, i heard a claims saying 'gula2 getah akan menjadikan otak anda jadi bongok' ketika itu maseh di sekolah menengah. wah.. jadi bolehkah saya membuat kesimpulan hanya kanak2 dijangka akan pintar, penerusan amalan gula2 getah sehingga remaja, akan membongokkan otak anda. :D