Hari Wesak di Malaysia

9 Mei 2009, para penganut agama Buddha akan merayakan hari Wesak. Hari tersebut cukup penting dan istimewa kerana ia melambangkan Kelahiran, Pencerahan Agung, dan Kewafatan pengasas agama Buddha, iaitu Gautama Buddha.

Menurut ensiklopedia bebas Wikipedia, Hari Wesak juga dikenali dengan nama Visakah Puja atau Buddha Purnima di India, Vesak di Singapura, Visakha Bucha di Thailand, dan Wesak di Sri Lanka.

Tinjauan mStar mendapati tokong Buddhist Maha Vihara (BMV) di Brickfields, Kuala Lumpur sibuk dengan pelbagai aktiviti pada sebelah petang semalam.

Kempen menderma darah diadakan di Dewan Asoka. Banyak gerai makanan dan minuman di samping didirikan di sepanjang Jalan Berhala. Pengemis-pengemis juga kelihatan mengambil posisi masing-masing untuk merayu sedekah.

Kerja-kerja mengecat bangunan masih dijalankan. Sami-sami membacakan doa untuk para penganut Buddha. Orang ramai mula membanjiri perkarangan tokong.

Seperti biasa, BMV akan menjadi lautan manusia. Orang ramai terutamanya khususnya penganut ajaran Buddha ingin menyembah Gautama Buddha yang telah memberikan `kesedaran' (enlightenment) kepada mereka.

Malam tadi, upacara penyalaan lantera (tanglung) besar dan lampu pertama bakal berlangsung bagi menandakan sambutan Hari Wesak telah bermula.

Ini disusuli dengan aktiviti sami-sami mengepalai para penganut Buddha menyanyikan dikir agama Buddha seperti Gilampasa Buddha Puja dan Parittas.

DEFINISI HARI WESAK

Hari Wesak merupakan hari terpenting bagi penganut agama Buddha kerana hari Wesak melambangkan Kelahiran, Pencerahan Agung, dan Kewafatan Gautama Buddha. Hari Wesak juga dikenali dengan nama Visakah Puja atau Buddha Purnima di India, Vesak di Singapura, Visakha Bucha di Thailand, dan Wesak di Sri Lanka.

Lazimnya,penganut ajaran Buddha akan mengunjungi kuil Buddha pada waktu pagi untuk memberikan penghormatan kepada Buddha,yang dilambangkan oleh simbol-simbol Buddha seperti Pagoda, patung Buddha, pokok Bodhi dan Sarikata (relik Buddha). Para penganut juga akan melafazkan semula Tisarana(Tiga Perlindungan: Buddha, Dhamma dan Sangha) untuk memperbaharui komitmen mereka kepada ajaran Buddha. Perlindungan, dalam pengertian ajaran Buddha merujuk kepada perlindungan daripada kesengsaraan dan ketidakpuasan duniawi.

* Berlindung kepada Buddha membawa maksud menyanjungi Buddha sebagai Guru Agung yang telah menunjukkan cara untuk mendapat kedamaian dalam kehidupan.

* Berlindung kepada Dhamma bermaksud keyakinan serta mengamalkan ajaran Buddha untuk mendapat kedamaian dalam hidup iaitu Nibbana.

* Berlindung kepada Sangha bermaksud mendapat sokongan serta menyokong sesama umat Buddha dalam mengamalkan ajaran Buddha.

Memusatkan fikiran kepada lapan prinsip "Precepts" sementara para sami yang memakai sarung kuning akan membaca kitab Buddha "Sutras".

Selepas itu penganut Buddha akan bersembahyang dan melepaskan burung merpati. Hari Wesak juga merupakan hari memberi makan kepada orang miskin dan sedekah kepada para sami. Hari Wesak dirayakan oleh semua penganut ugama Budha di seluruh dunia.

Dikalangan penganut Buddha di Singapura dan Taiwan, terdapat amalan mencederakan diri ketika menyambut hari Wesak seperti berjalan di atas bara api sebagai menyambut hari kelahiran dewa Bao-sheng Da-di.

Ia dirayakan dalam bulan Mei pada waktu terang bulan (purnama sidhi) untuk memperingati tiga peristiwa penting, iaitu:

1. Kelahiran Siddharta Buddha di Taman Lumbini pada tahun 623 S.M.
2. Siddharta Buddha mendapat ilham Agung dan menjadi Buddha di Buddha-Gaya pada usia 35 tahun di tahun 588 S.M.
3. Buddha Gautama mangkat di Kusinara pada usia 80 tahun di tahun 543 S.M.

- WIKIPEDIA

Nota : Artikel ini hanya sebagai pengetahuan umum kepada orang Islam untuk mengenali adat budaya agama lain.
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url