Menggantikan minyak dengan marjerin

Penggunaan minyak masak adalah lumrah bagi masyarakat di Asia dalam menyediakan juadah harian yang bergoreng. Oleh kerana keperluannya adalah wajib, maka pernah beberapa tahun lalu, berlakunya keadaan panik di mana berlakunya krisis kekurangan bekalan minyak masak di pasaran.

Keadaan tidak keruan itu sepatutnya tidak berlaku kerana kita masih mempunyai alternatif lain bagi menggantikan minyak masak dalam masakan bergoreng.

Mentega, marjerin dan minyak sapi misalnya adalah alternatif yang ada dan sama khasiat dan kegunaannya dalam masakan bergoreng.

Sehubungan itu, Planta, jenama marjerin kegemaran mengadakan kempen baru yang bertujuan untuk menggalakkan orang ramai kembali kepada cara hidup asas dan melazatkan lagi makanan yang dimasak.

Menerusi kempen Jom ke Dapur Kak Sifu, Planta memulakan program menjelajah seluruh negara untuk mendidik orang ramai dengan menunjukkan pelbagai cara baru untuk menikmati khasiat kebaikan marjerin dalam masakan harian.

Pengarah Makanan Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd., Joseph Tan berkata, masa paling bahagia dalam hidup kita ialah masa yang diluangkan bersama keluarga.

"Kami mahu menggalakkan orang ramai supaya sentiasa gemar memasak makanan ruji seperti nasi dengan cara yang kreatif untuk dinikmati seisi keluarga.

''Pelakon dan pakar masakan, Sheila Mambo telah dilantik sebagai duta Planta untuk menjelajah seluruh Malaysia dan berkongsi pengetahuan dan pengalamannya di dapur.

''Sheila akan hadir di setiap lokasi promosi bergerak yang bermula 27 Jun ini dengan berpakaian chef sambil menunjukkan kepakaran memasak resipi barunya yang lazat iaitu nasi goreng Planta dan sambal udang,'' katanya ketika majlis pelancaran Jom ke Dapur Kak Sifu di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Joseph, sempena program Jom ke Dapur Kak Sifu, Planta mengadakan peraduan yang membolehkan pemenang memasak secara eksklusif dan mempelajari resepi baru dan asli bersama Sheila Mambo.

Pemenang peraduan yang akan berlangsung sehingga 14 Jun ini juga akan menerima sijil yang ditandatangani oleh Sheila dan kit memasak eksklusif Planta bernilai RM100.

Untuk tujuan tersebut, sebuah kenderaan khas yang dipanggil dapur mobil Planta telah direka khas akan digunakan untuk menjelajah di seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak yang akan bermula 27 Jun ini di Lembah Klang.

Sementara itu, menurut Sheila, Planta bukanlah asing dan telah menjadi pilihannya sejak kecil lagi semasa tinggal bersama keluarga di Gurun, Kedah.

''Ibu kerap menggunakan Planta sebagai penyedap kepada nasi putih. Nasi itu akan dikepal dan digaul dengan marjerin. Begitu juga semasa musim perayaan seperti hari raya, Planta pasti menjadi pilihan kami sekeluarga dalam menyediakan biskut," katanya.

- UTUSAN
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url