Pakatan mogok lapar demi Perak
Mogok lapar yang bermula jam 10 pagi Selasa ini di Wisma DAP negeri, di depan bangunan DUN, akan dirasmikan oleh menteri besar gabungan pembangkang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan speaker mereka V Sivakumar.
Ia akan berakhir dengan solat hajat pada petang Khamis ini di pejabat Perak.
Program bantahan seumpama itu pertama kali sejak krisis itu berlarutan hampir empat bulan lalu walaupun Mahkamah Rayuan semalam mengesahkan pelantikan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai menteri besar.
Mohammad Nizar akan menfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan panel tiga hakim di Putrajaya yang membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 11 Mei lalu.
"Kempen mogok lapar adalah satu usaha serius untuk menghantar satu mesej supaya hak demokrasi dikembalikan kepada semua rakyat," kata setiausaha DAP negeri Nga Kor Ming.
"Sebuah kerajaan yang demokratik mesti mendapat dari rakyat. Rakyat tidak mahu kerajaan mereka ditentukan oleh seorang hakim sahaja, sebaliknya hak asasi rakyat Perak berjumlah 2.4 juta untuk pilih kerajaan sendiri ditolak begitu sahaja."
Beberapa ADUN Pakatan di Perak yang tiada masalah kesihatan dijangka turut menyertai mogok tersebut.
Selain itu, mereka juga menganjurkan orang ramai berpakaian hitam.
- MALAYSIAKINI
jom mogok gak..hehe
niat mogok tak dapat pahala tu
Kalau macam tu, buat la perasmian mogok lapar tu kat bawah pokok demokrasi. Mana tau, boleh 'bertapa' terus kat bawah pokok tu. Dapat la 'cahaya demokrasi' kat situ pula. Siapa lagi nak join, boleh hubungi pegawai di Wisma DAP negeri Perak.
N.Ajis, AnWar, ADUN PAS Perak... tak mau join ke??
lebih baik berpuasa sunat daripada mogok lapar
dapat jugak pahala :)
Kes Ir Nizar, Rakyat ditipu dan diperbodohkan sejak dari Mahkamah Tinggi lagi. Ini semua sandiwara siap dengan skrip. Siapa penulis-penulis skrip ni?
Keputusan Mahkamah Tinggi hanya sandiwara untuk menukar cara fikir kebanyakan rakyat Perak....
Sanggup kah rakyat dianggap bodoh dan diperbodohkan selama-lamanya?
Jangan hairanlah kalau dua ekor katak itu didapati tidak bersalah dalam kes rasuah mereka atau dibuang kes kerana hakim yang paling berkuasa adalah BN/UMNO. Hakim yang ada sekarang ini hanyalah seperti pelakun dalam siri drama. Kalaulah dalam kes rayuan Zambry ini BN/UMNO boleh main sandiwara apatah lagi dalam kes rasuah dua ekor katak itu. Semenjak dua ekor katak itu melompat tiada lagi kedengaran berita berita selanjutnya mengenai kes rasuah mereka. Pihak SPRM pun agak lembab diam saja dan tidak nampak ada apa apa tindakan seterusnya yang dijalankan. Tidak seperti penyiasatan terhadap MB Selangor dan juga ahli ahli PR yang dijalankan dengan begitu cepat dan efisien sekali sungguh pun tidak ada sebarang bukti yang sahih. Jadi janganlah diharapkan pembubaran DUN Perak kerana dua ekor katak itu pasti akan dibersihkan oleh BN/UMNO dari kesalahan kes rasuah dan tidak akan digugurkan kelayakan mereka dari ADUN. Kes rayuan Nizar di Makamah Persekutuan pun akan memihak kepada Zambry. Rakyat…
" Anonymous " - kalau kau adalah sang pencipta layak untuk kau gelarkan manusia itu sebgai haiwan.
TAPI SIAPA KAU? Hanya tahu melaungkan hidup rakyat yg mewakili PR di pandang mata kasarnya sahaja, pada hakikatnya sebaliknya.
Mintak maaf tuan blog..