Rakyat Malaysia lebih utamakan kerjaya berbanding keluarga

Tidak seperti mana sebelumnya, rakyat Malaysia kini lebih mengutamakan kerjaya dan keperluan persaraan berbanding kepentingan terhadap keluarga dan kesihatan berikutan berlakunya kegawatan ekonomi semasa.

Perubahan ini kelihatan jelas dalam kaji selidik yang dijalankan oleh AXA Affin Life Insurance Bhd. (AXA Life)

Ketua Pegawai Pemasarannya, Nicholas Kua berkata, dengan unjuran kadar pengangguran meningkat kepada 4.5 peratus tahun ini berbanding 3.1 peratus tahun sebelumnya, rakyat negara ini merasakan mereka terjejas teruk dengan kurangnya 'jaminan pekerjaan'.

"Ini menyebabkan kerjaya dan keperluan persaraan menjadi keutamaan mendahului keluarga dan kesihatan," katanya ketika mengadakan taklimat tentang Indeks Tinjauan Kehidupan AXA Life di sini hari ini.

Kaji selidik itu membabitkan 2,707 responden berumur antara 25 tahun hingga 50 tahun di lapan buah negara seperti China, Hong Kong, India, Indonesia, Malaysia dan Singapura.

Menurut Kua, pihaknya mendapati tahap kepuasan kerjaya di negara ini juga menyusut kepada 23 peratus menyebabkan Malaysia kini menyertai Hong Kong dan Singapura sebagai antara negara yang menyaksikan rasa puas hati yang paling dalam ukuran kepuasan kerjaya.

Tambah beliau, kaji selidik itu turut mendapati penurunan dalam tahap kepuasan hidup di semua negara yang terlibat.

''Meskipun secara umumnya, rakyat berpuas hati dengan kehidupan mereka, Malaysia menjadi pasaran kedua paling pesimistik selepas Singapura dengan catatan indeks 59.9 atau kejatuhan 9.5 peratus berbanding tahun 2007.

''Ia boleh dikaitkan kepada impak kemerosotan global terhadap ekonomi Malaysia dan Singapura, rakan perdagangan terbesarnya,'' jelas beliau.

Sementara itu, Kua memberitahu, sebanyak 63 peratus responden berpendapat kejayaan kerjaya adalah penting dalam merealisasikan pelan persaraan dan ia turut menyumbang kepada keyakinan diri mereka.

''Hanya suku (daripada responden) yang merasa tertekan untuk menumpukan perhatian terhadap kerjaya kerana bimbang diberhentikan kerja ekoran terdapat lebihan pekerjaan, seterusnya menyebabkan kepentingan terhadap keluarga berada jauh di bawah tangga keutamaan mereka, tambah beliau.

Kua berkata, lebih separuh responden (57 peratus) pasti peluang pekerjaan akan wujud pada masa depan dan tetap yakin dengan kestabilan keluarga mereka meskipun kadar ini lebih rendah berbanding 64 peratus pada tahun 2007.

Beliau nenambah, peratusan yang lebih kecil ini mungkin disebabkan oleh jangkaan perubahan dalam pendapatan peribadi dan juga beban kewangan.

- UTUSAN
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url