Tempahan Proton MPV Exora melonjak 11,000 unit sebulan


Jualan Proton MPV Exora mendapat sambutan hangat dengan jumlah tempahan semakin meningkat mencecah 11,000 unit dalam tempoh sebulan.

Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, sambutan terhadap kenderaan itu amat positif walaupun Exora baru dilancarkan dalam tempoh sebulan.

“Dalam keadaan kegawatan ekonomi dunia sekarang, tempahan terhadap Proton Exora amat menggalakkan.

“Dengan tempahan yang begitu tinggi, ia merupakan satu pencapaian terbaik bagi kenderaan Exora,’’ katanya kepada pemberita pada karnival Proton bersama rakyat di pekarangan R&R Gemang di Jeli semalam.

- KOSMO!
Next Post Previous Post
1 Comments
  • Honda insight hybrid
    Honda insight hybrid Ahad, 24 Mei 2009 pada 12:30:00 PTG SGT

    kapan ya..bisa beli mobil keren itu....

Add Comment
comment url