Ahmadinejad menang besar Presiden Iran

Mahmoud Ahmadinejad memperolehi kemenangan besar pada pilihan raya Presiden Iran semalam, sekali gus mempertahankan jawatannya untuk mengetuai kerajaan bagi tempoh empat tahun lagi, di sebalik dakwaan pencabar utamanya berlaku banyak penyelewengan.

Sokongan besar terhadap Ahmadinejad, kira-kira dua kali jumlah undi yang dimenangi oleh bekas Perdana Menteri, Mirhossein Mousavi, mengejutkan penganalisis politik, yang sebelum ini meramalkan persaingan sengit antara kedua-dua calon tersebut dan mengheret mereka untuk bertarung dalam pengundian pusingan kedua.

“Doktor Ahmadinejad, yang memperolehi majoriti undi, telah menjadi pemenang mutlak pada pilihan raya Presiden (Iran) ke-10,” lapor agensi berita rasmi Iran, IRNA sementara penyokong beliau membanjiri jalan raya untuk meraikan kemenangan itu.

- REUTERS
Next Post Previous Post
2 Comments
  • MHK
    MHK Ahad, 14 Jun 2009 pada 9:25:00 PTG SGT

    Harapan kpd semua pemimpin2 negara Islam agar terus memimpin negara mengikut kehendak agama Islam

  • zizOu21
    zizOu21 Isnin, 15 Jun 2009 pada 1:04:00 PG SGT

    menang.. tp amerika xmaw iktiraf lak.. sbb ahmadinejad tak ikut ckp amerika.. xtndk pd amerika.. cm ni la pemimpin2 negara islam yg kita nak.. kalo ada 10, doploh or tga puluh pemimpin dlm dunia ni mcm dia, 'berpeluh' jugak amerika nak buat apa2..

    hehe

Add Comment
comment url