Datuk jinakkan jerung 480kg


Seorang pesara, Joe Waldis berjaya memancing ikan jerung betina seberat 480 kilogram (kg) di Kepulauan British, lapor sebuah akhbar semalam

Tangkapan laut dalam itu dibawa di sini untuk ditimbang sebelum disahkan jauh lebih berat berbanding seekor ikan tuna seberat 439kg yang pernah ditangkap di perairan barat daya Ireland pada 2001.

Pemancing berusia 70 tahun itu berkata, dia langsung tidak menyangka berupaya mendaratkan ikan gergasi itu.

"Setiap kali saya memutar kekili, ikan itu akan mengheret tali pancing dan pergi lebih jauh," katanya.

Rekod dunia ikan terbesar yang ditangkap dengan menggunakan joran adalah jerung putih seberat 1,554kg oleh seorang nelayan, Frank Mundus di New York pada 1985.

- AGENSI
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url