Drama bersiri House paling popular di dunia

Siri drama Amerika Syarikat (AS), House yang dibintangi aktor Britain, Hugh Laurie berjaya menundukkan saingannya untuk menjadi siri televisyen yang memiliki paling ramai penonton di dunia.

Agensi penarafan Eurodata TV Worldwide semalam menyatakan bahawa drama yang menampilkan Laurie sebagai pakar perubatan genius itu mengumpul 81.8 juta penonton di 66 buah negara daripada sejumlah 1.6 bilion penonton di seluruh dunia pada tahun lalu.

Angka tersebut jauh lebih besar berbanding pemenang tahun sebelumnya dan 2006 juga dalam kategori drama televisyen iaitu CSI: Las Vegas yang mengisahkan kehebatan pasukan pakar forensik polis.

Kategori siri komedi televisyen pula dimenangi Desperate Housewives untuk dua tahun berturut-turut dengan menewaskan siri Monk dan Ugly Betty apabila ia ditonton oleh 65.3 juta penonton pada tahun lalu.

Siri The Bold and the Beautiful yang juga rancangan terbitan AS dengan 24.5 juta penonton merupakan drama telenovela paling popular untuk dua tahun berturut-turut.

Siri berkenaan menundukkan saingan utama dari Mexico iaitu telenovela Marina dan siri tempatan, The Young And The Restless.

- AFP
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url