Duit PTPTN modal cinta
Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajudin Abdul Rahman mendedahkan ramai penerima dana Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) gemar menghabiskan wang pinjaman itu sebagai ‘modal bercinta’.
Menurutnya, berdasarkan pengalamannya dalam menguruskan sebuah institusi pengajian tinggi sebelum ini, trend bercinta sesama rakan semasa menuntut semakin menjadi-jadi dan pelajaran bukan lagi keutamaan.
“Lebih malang, wang PTPTN dijadikan ‘modal bercinta’, sedangkan ia sepatutnya digunakan bagi menampung kos sara hidup semasa menuntut di universiti.
“Malah, ramai juga yang berani meminta ibu bapa masing-masing mengahwinkan mereka segera sedangkan tempoh pengajian masih panjang,” katanya.
- KOSMO!