Kos kahwin cuma RM250


Tidak perlu duit hantaran dan belanja kenduri, cuma sediakan RM250.

Itulah jumlah yang perlu dibelanjakan oleh lapan pasangan muda untuk mendirikan rumah tangga melalui Program Perkahwinan Beramai-ramai Daerah Kemaman di Chukai di Kemaman, Terengganu semalam.

Jumlah tersebut meliputi RM100 untuk kursus kahwin, RM113 upah jurunikah, RM5 untuk borang perkahwinan dan RM32 mas kahwin.

Kesemua pengantin yang berumur 14 hingga 35 tahun itu dinikahkan secara serentak oleh lapan jurunikah di Masjid Sultan Ahmad kira-kira pukul 12 tengah hari.

Sementara bagi majlis kenduri ditaja sepenuhnya oleh Pejabat Agama Daerah, Pejabat Daerah dan badan bukan kerajaan (NGO) yang dihadiri kira-kira 700 jemputan di pekarangan masjid berkenaan.

- KOSMO!
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url