Lebih ramai pilih pengeluaran fleksibel KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkata, lebih ramai pencarumnya memilih pengeluaran fleksibel apabila usia 55 tahun bagi menguruskan simpanan persaraan dengan lebih baik.

Katanya, pengeluaran caruman sedemikian menyaksikan peningkatan ketara pada suku pertama 2009.

"Dalam tempoh itu, KWSP meluluskan 9,731 permohonan di bawah Pengeluaran Fleksibel Umur 55 Tahun berbanding 7,538 permohonan pada suku keempat 2008. Ia peningkatan 85.46 peratus berbanding 5,247 permohonan dalam tempoh sama tahun lalu," katanya.

Mengikut kenyataan itu, jumlah keseluruhan dikeluarkan di bawah kaedah pengeluaran itu mencecah RM505.94 juta berbanding RM442.71 juta berbanding RM341.85 juta pada suku pertama 2008.

Ketua Eksekutif KWSP, Datuk Azlan Zainol dalam kenyataan itu berkata, kaedah pengeluaran Fleksibel Umur 55 Tahun yang semakin popular memberi gambaran meningkatnya kesedaran pencarum jika mereka membuat pengeluaran penuh, simpanan itu mungkin habis digunakan pada masa singkat.

"Pengeluaran fleksibel ini diperkenalkan pada November 2007 di bawah inisiatif strategik 'Bukan Hanya Simpanan'. Ia menawarkan pilihan kepada pencarum untuk mengeluarkan simpanan KWSP secara berperingkat dan mengikut keperluan," katanya.

Katanya, bagaimanapun, pengeluaran penuh umur 55 tahun kekal pilihan yang popular di kalangan pencarum.

Pada suku pertama lalu, KWSP meluluskan 35,640 permohonan pengeluaran itu dengan jumlah keseluruhan RM1.62 bilion.

"Ini berbanding 29,744 permohonan diluluskan pada suku pertama 2008 dengan pengeluaran RM1.43 bilion," katanya.

Zainol berkata, pencarum terus mengambil peluang daripada pengeluaran pendidikan yang membenarkan ahli mengeluarkan simpanan akaun 2 bagi membiayai yuran pengajian pencarum atau anak pencarum, sama ada di dalam atau luar negara.

- BERITA HARIAN
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url