Orang gemuk hidup lebih lama

Satu kaji selidik di sini mendakwa individu gemuk cenderung untuk hidup lebih lama berbanding mereka yang memiliki berat badan ideal, lapor sebuah akhbar semalam.

Namun, pakar-pakar di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada yang menjalankan kaji selidik terhadap 11,300 orang dewasa selama 12 tahun itu tidak pasti mengapa perkara tersebut berlaku.

Kajian sama mendapati sepanjang tempoh itu, kelompok yang kurus cenderung menemui ajal lebih awal berbanding mereka dengan berat badan normal diikuti dengan kumpulan individu terlampau obes.

Berdasarkan penemuan itu, para penyelidik berkenaan menyatakan berat atau indeks jisim badan (BMI) bukan penentu tentang keadaan dan tahap kesihatan seseorang.

Menurut mereka, seseorang yang memiliki berat berlebihan tetapi aktif bersenam lebih sihat berbanding mereka yang memiliki berat badan normal tetapi tidak aktif.

- AGENSI
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url