Perlindungan menyeluruh untuk rambut sihat
Masalah ini berpunca daripada gabungan beberapa faktor seperti pendedahan kepada matahari, penggunaan bahan kimia seperti mewarna dan mendandan rambut.
Di samping itu, kebanyakan wanita Asia terutamanya turut mengalami kerosakan kutikel rambut akibat sering disisir ke belakang kerana faktor cuaca dan penggunaan pengering rambut secara kerap.
Dr. Jasmine Karsono menjelaskan, sebanyak 77 peratus wanita mengakui mengalami masalah rambut sejak bertahun-tahun dan ia diburukkan lagi dengan produk-produk rawatan mengandungi bahan kimia yang tinggi.
"Memang benar, sama seperti kulit wajah, rejimen penjagaan rambut juga adalah sama pentingnya untuk mendapatkan rambut sihat dan bersih.
"Oleh itu, pilihan syampu, perapi dan rawatan yang betul adalah amat penting, disertakan dengan rawatan Pantene Pro-V 3 Minute Miracle," ujarnya yang juga Ketua Saintis dan Pengurus Komunikasi Saintifik Penjagaan Rambut P&G.
Walau bagaimanapun, kerosakan kutikel rambut sukar diperbaiki disebabkan sifatnya yang tidak generatif. Sebaliknya, kerosakan lanjut boleh dicegah agar rambut tidak mudah rapuh, lebih kuat dan sihat.
Menurut Dr. Jasmine, rambut rosak perlu penjagaan khusus kerana lapisan perlindungan molekul asid berlemak 18-MEA atau dikenali sebagai Lapisan F (F-layer) pada kutikel luaran akan hilang apabila kerosakan mulai timbul.
"Pantene Pro-V 3 Minute Miracle menyediakan F-layer tiruan sekeliling kutikel rambut yang rosak untuk mengembalikan kekuatan dan kesihatan rambut secara keseluruhan," katanya lagi.
Beliau menjelaskan teknologi produk terbaru P&G Beauty itu pada majlis minum petang Techonology, Trends and Tea di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Majlis dihadiri Naib Presiden Persatuan Dandanan Rambut Malaysia (MHA), Michael Wang dan ahli-ahlinya terdiri daripada pendandan rambut seluruh negara bagi memperkenalkan trend terbaru dari pentas peragaan antarabangsa dan inovasi terkini dandanan rambut tempatan.
Dalam pada itu, Alex Lim dan Elmer Tay dari La' Mode Coiffure membuat demonstrasi dandanan rambut untuk majlis siang dan malam mengikut Laporan Peragaan Antarabangsa 2009.
"Rambut yang kuat dan sihat adalah langkah pertama dan merupakan aspek paling penting untuk bereksperimen dengan gaya terbaru musim ini.
"Pantene Pro-V 3 Minute Miracle tentunya produk terbaik bukan sahaja untuk pengguna biasa malah pendandan rambut seperti kami yang sering memberi nasihat tentang penjagaan rambut ideal kepada para pelanggan," katanya.
- UTUSAN