Remaja 15 tahun juara SMS

Seorang remaja dari negeri Iowa, Kate Moore yang berumur 15 tahun memenangi pertandingan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) paling pantas dan tepat di Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar semalam.

Dia menewaskan 20 peserta lain di sini kelmarin untuk memenangi hadiah sebanyak AS$50,000 (RM176,693).

"Saya masih lagi terkejut seperti anda berpendapat tidak pernah terfikir bahawa seorang gadis dari Iowa akan memenangi pertandingan yang sebegini besar di New York.

"Saya masih terkejut, hairan dan pelik," katanya di pentas ketika diumumkan sebagai pemenang.

Pertandingan itu diadakan selama dua hari.

Mata peserta yang bertanding ditutup dengan kain ketika mereka menghantar SMS.

Mereka turut diuji dengan ujian menghantar SMS sambil berjalan dan menempuh halangan.

Moore pernah menghantar sebanyak 14,000 SMS sebulan.

- AGENSI
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url