USM cipta bahan rawat akar gigi
Universiti Sains Malaysia (USM) mencipta satu lagi sejarah perubatan moden negara sebagai universiti pertama berjaya menghasilkan bahan nanoseal plus bagi membantu rawatan kanal akar gigi.
Dekan Pusat Pengajian Sains Pergigian USM Kampus Kubang Kerian, Prof. Ab. Rashid Ismail berkata, nanoseal plus adalah bahan perekat pertama menggunakan zarah nano dengan teknologi masa kini yang mempunyai bentuk menyamai struktur gigi.
"Ia juga dapat mempertingkatkan bioserasi dan daya lekat antara bahan perekat dengan gigi yang mana kekuatan daya lekat amat penting dalam memastikan kejayaan rawatan kanal akar yang dilakukan," katanya pada sidang akhbar bagi mengumumkan kejayaan universiti itu di sini semalam.
Beliau berkata, kombinasi teknologi nano dengan bahan menyerupai struktur gigi memberi beberapa kelebihan dan zarah nano yang reaktif dapat merencatkan pertumbuhan bakteria, kesannya ia akan mempercepatkan proses pembaikan gigi yang dijangkiti.
- KOSMO!
Tahniah , bravo , syabasss USM !
Saya sgt suke dgn penemuan baru ni .. sgt seswai utk kaum wanita yg selalu kerosakan gigi akibat mengandung ..