PAS Terus Persoal Peranan Polis Yang Ramai Di Manik Urai

PAS masih tidak menyenangi kehadiran terlalu ramai anggota polis di Manik Urai dan meragui peranan mereka pada pilihan raya kecil itu Selasa ini.

Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan Abdul Fattah Haron berkata kenderaan polis yang banyak diletakan di tepi dan persimpangan jalan terutama di Laloh telah menimbulkan kesulitan kepada pengguna jalan.

"Kita telah membuat aduan termasuk menelefon pihak terbabit tetapi keadaan masih tidak berubah," katanya pada sidang media harian di Markas Penerangan PAS Manik Urai di sini, Ahad.

Beliau mahu pihak polis segera mengambil tindakan mengatasi perkara itu bagi melicinkan pergerakan lalu lintas menjelang hari pengundian Selasa ini.

Bernama berusaha menghubungi Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi untuk mendapat ulasannya tetapi panggilan dan khidmat pesanan ringkas yang dihantar tidak dibalas.

- BERNAMA
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url