Masuk syurga atau neraka hak mutlak Allah - Majlis Fatwa
Beliau berkata, keputusan Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan telah menetapkan bahawa ketentuan seseorang Islam masuk syurga atau neraka adalah hak mutlak Allah s.w.t. berdasarkan kepada keimanan dan ketakwaan seseorang itu.
Katanya, keputusan itu telah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja dalam Mesyuarat RajaRaja Kali ke188 pada Mac 2001 dan menambah bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan telahpun membincangkan isu itu sejak tahun 2000 lagi.
"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan juga berpendapat bahawa sesiapa sahaja yang mengajar atau menyebarkan pandangan atau fahaman seperti ini adalah salah dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat dua hari lepas bahawa penyokong atau anggota UMNO tidak akan masuk syurga.
"Sehubungan itu saya ingin menasihatkan umat Islam terutama kepada mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan tentang Islam supaya berhati-hati dan tidak menimbulkan perkara yang tidak betul atau bida'ah yang boleh mengeliru dan memecah-belahkan umat Islam.
"Janganlah kita mudah terpengaruh dengan pandangan yang aneh, jauh daripada kebenaran dan boleh menyesatkan kita," katanya.
- BERNAMA

nak masuk syurga atau neraka kena perkenan majlis2 raja-raja dulu ke...walau itu mutlak AlLah Taala. ketetapan dlm al-Quran kena dapat perkenan majlis raja2 dulu ke...kalau hak mutlak AlLah Taala x perlulah nak fatwa..semua orang yg beriman dahtahu...x payah nak kena tunggu perkenaan majlis raja2 .. barang yg x dak dlm Al-Quran bolehlah nak fatwa dan minta perkenan majlis raja2...
kalau dah tau tak payah masuk majlis fatwa untuk dapat keputusan, kenapa ada lagi manusia-manusia dangkal yang terikut statement yang mmg dah jauh menyimpang? nak salahkan majlis fatwa dengan majlis raja-raja pulak ke? kalau dah mmg termaktub dalam al-Quran, kenapa ramai yang tutup mata?
yang buat statement menyimpang tu disanjung tinggi, majlis fatwa kuar statement pendapat plak yang salah? diperkenankan tahun 2001 pulak tu oleh Majlis Raja-Raja. dah lama dah bagitau, manusia biasa ni, takde power/cop mohor pun nak melabel penghuni neraka or syurga. hak Allah SWT mutlak. tapi ada gak yang ngaku terrer.
apa hal la manusia zaman ni. tak takut tuhan kot.