Pembaca BH, penonton TV9 peluang menang pakej umrah

Pembaca Berita Harian dan penonton TV9 berpeluang memenangi hadiah utama pakej umrah bernilai RM6,000 menerusi kuiz program dokumentari Al-Risaalah musim ketiga terbitan TV9 yang akan menemui penonton sepanjang Ramadan, bermula esok.

Pembaca perlu menonton program Al-Risaalah yang disiarkan pada jam 6.30 petang setiap hari selama 30 hari serta menjawab soalan kuiz dalam borang disiarkan di halaman agama Berita Harian selain melengkapkan slogan.

Selain pakej umrah, tempat pertama berpeluang memenangi pemain cakera padat digital (DVD) dan beberapa hadiah iringan. Penganjur turut menyediakan hadiah tempat kedua dan ketiga serta sagu hati.

Penerbit Al-Risaalah, Nasir Yusof, berkata seperti kuiz Al-Risaalah 2, musim baru ini tidak memerlukan penonton menjawab soalan, sebaliknya perlu menentukan episod bagi gambar yang disiarkan pada borang kuiz.

Katanya, penonton perlu menonton setiap episod Al-Risaalah 3 bagi memastikan mereka mendapat jawapan yang tepat memandangkan setiap gambar disiarkan tidak mengikut turutan.

Al-Risaalah musim baru ini bertemakan 'Isa Ibnu Maryam' dan akan disiarkan selama setengah jam. Ia akan memperkatakan kisah Nabi Zakaria hingga Nabi Isa dan tumpuan siri kali ini ialah Nabi Isa yang menjadi rasul terakhir kepada golongan Bani Israel.

Seramai 21 nabi tidak disebut al-Quran turut diperkatakan antaranya Nabi Hggai, Malakhi, Amos dan beberapa nabi lain daripada golongan Bani Israel.

- BERITA HARIAN
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url