Top Ad 728x90

Inai serlah kecantikan


Menjelang musim perayaan, wanita adalah golongan paling seronok mencari daun inai untuk dipakai beramai-ramai.

Bagi masyarakat India yang menyambut Deepavali, inai antara perhiasan wanita yang digemari.

Selain berfesyen dengan baju baru, perhiasan ini menyerlahkan penampilan.

Namun, inai tetap istimewa kerana nilai pokok yang berdaun kecil dan mempunyai ranting yang

banyak ini memiliki khasiat serta nilai perubatan yang sangat tinggi.

Inai atau nama saintifiknya Lawsonia Inermis sebenarnya berasal daripada perkataan Arab 'Hina' yang bermaksud ubat. Daun ini mempunyai kandungan bahan pewarna glukosid dan asid henotanik.

Asid henotanik pada daun inai menyebabkan kulit yang disapu inai akan berwarna merah. Ini disebabkan pewarna yang ada dalam asid itu bergabung dengan kolagen pada sel kulit dan keratin pada kuku serta rambut.

Menurut Pengasas Butik Kecantikan Ainaa-Ailaa, Norulnaha Abdul Razak, menjelang Deepavali, permintaan hiasan inai meningkat.

"Ia menjadi trend kerana perhiasan ini semakin digemari wanita tidak mengira kaum. Walaupun sejarah inai dimulakan masyarakat India, ia sesuai untuk semua kaum.

Uniknya, mereka yang beragama Islam boleh berinai pada bahagian badan lain seperti lengan dan bahu. Berbeza dengan tatu, perhiasan ini halal," katanya yang membuka butik kecantikan di Bandar Baru Bangi.

Tambah Norulnaha, motif hiasan inai yang digemari ialah flora berbentuk tumbuh-tumbuhan dan bunga.

Sesuai dengan adat ketimuran, trend pemakaian inai ala tatu yang semakin digilai terutamanya remaja perlu dihentikan kerana ia bertentangan dengan agama dan budaya.

"Kebiasaannya, mereka menampilkan motif haiwan yang sering diguna pada tatu. Kami hanya menyediakan motif alam semulajadi yang nampak ringkas dan indah," katanya yang boleh dihubungi menerusi laman web http://www.nu-della.com

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90