Jangan biarkan ‘Pak Hitam’ bermaharajalela

"Hitam-hitam si tampuk manggis, biarpun hitam dipandang manis.” “Hitam itu menawan!” Mungkin itulah ungkapan yang diluahkan oleh mereka yang dilamun cinta dengan warga Afrika yang digelar dengan pelbagai nama seperti “kuda hitam”, “mutiara hitam”, “Pak Hitam” dan sebagainya.

Pendedahan tentang wanita tempatan yang terpaut dengan cinta warga asing bukanlah sesuatu yang baru. Laporan Utusan Malaysia sebelum ini cukup mengejutkan kita tentang trend di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi bercinta dengan “Pak Arab”.

Pendedahan oleh sebuah stesen TV tempatan baru-baru ini cukup membimbangkan kita apabila ada segelintir gadis tempatan yang tanpa perasaan malu mengakui dan berbangga mempunyai hubungan ‘cinta’ dengan warga Afrika atau ‘Pak Hitam’.

Pastinya ramai yang mengeluh, apa sudah jadi dengan bangsa kita?

Ini melibatkan persoalan moral yang merupakan persoalan penting dalam kehidupan. Walaupun kita telah disajikan dengan fakta kegiatan warga Afrika menjadikan wanita tempatan sebagai alat untuk menyeludup dadah ke luar negara tetapi masih ramai yang memilih ‘Pak Hitam’ sebagai teman.

Baru-baru ini kita digemparkan dengan kejadian seorang Pak Hitam yang ditangkap atas tuduhan mendera dan membunuh anak kekasihnya, seorang warga tempatan.

Kebanjiran ‘Pak Hitam’ terutamanya di Kuala Lumpur cukup merisaukan ditambah pula dengan kejadian-kejadian yang tidak diingini. Ia pastinya menuntut perhatian serius daripada semua pihak.

Isu yang berlaku tidak boleh dipandang sebelah mata sahaja. Apa yang lebih membimbangkan kita ialah jika fenomena sosial melibatkan persoalan maruah dan moral ini akan terus ‘memamah’ lebih ramai wanita Malaysia.

Kebimbangan ini berlandaskan statistik yang menunjukkan 49 kes gadis Malaysia diculik atau melarikan diri bersama warga asing kerana terpedaya dengan cinta palsu.

Mengikut laporan Utusan Malaysia pada 3 November lalu, seramai 1,265 rakyat Malaysia terutama gadis meringkuk dalam penjara di luar negara kerana terbabit dengan pelbagai kegiatan jenayah. Daripada jumlah tersebut, kira-kira 44 peratus terbabit dalam kes berkaitan dadah dengan kebanyakannya menjadi mangsa sindiket antarabangsa.

Apa yang lebih mencemaskan, statistik tersebut menunjukkan kebanyakan daripada gadis tempatan terbabit merupakan mereka yang berpendidikan tinggi. Di manakah silapnya? Siapa yang bersalah? Mereka mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi, akal fikiran yang bijak tetapi tewas dengan pujukan nafsu cinta. Apa yang lebih malang mereka ini tewas di tangan ‘gagak hitam’ yang hanya mencari mangsa untuk memuaskan nafsu mereka ketika berada di negara ini.

Kita tentunya tertanya-tanya dan sukar untuk mencari jawapan tepat, apakah kelebihan ‘Pak Hitam’ ini sehingga menyebabkan ramai gadis kita terpikat? Adakah mereka ini lebih romantik daripada “pak hitam” tempatan? Ada juga yang mengatakan ‘Pak Hitam’ Afrika ini lebih terbuka dan berterus terang. Namun apa kurangya jejaka tempatan sehingga ‘mutiara hitam’ itu yang dipilih?

Namun, isu ini bukan hanya berlegar tentang persoalan cinta sahaja, semua pihak perlu membuka mata seluas-luasnya. Ini kerana soal moral, harga diri dan maruah seorang wanita merupakan persoalan besar dan menjadi tanggungjawab semua untuk menjaga dan mempertahankannya.

Kita yang masih waras untuk berfikir perlu menggerakkan kesedaran dan tindakan untuk menyelamatkan maruah, harga diri dan moral wanita-wanita tempatan.

Pastinya kita tidak sanggup melihat lebih ramai gadis tempatan terkena penangan cinta warga asing terutamanya ‘Pak Hitam’ yang “skrip dan jalan ceritanya” akan berakhir dengan linangan air mata dan kesengsaraan.

‘Pak Hitam’ ini yang kebanyakannya menggunakan visa pelajar untuk mencari ilmu dan rezeki di Malaysia. Mereka hanya mencari tempat untuk menumpang kasih buat seketika. Sedarlah wahai wanita Malaysia bahawa kasih ‘Pak Hitam’ ini hanya bersifat sementara sahaja.

Kita tidak lagi boleh menumpukan kepada penyelesaian fiskal sahaja kerana persoalan kerohanian yang melibatkan moral ini semakin menjadi-jadi dan memerlukan tindakan drastik. Pihak-pihak yang berkenaan contohnya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, jabatan-jabatan agama, Jabatan Imigresen, polis dan lain-lain perlu melancarkan tindakan bersepadu sebelum isu ini menjadi semakin parah.

Bebanan untuk membendung tragedi ini tidak hanya terletak di bahu pihak yang berkuasa. Sudah tentu insan pertama yang perlu ke depan ialah ibu bapa. Kita cukup yakin dan percaya tidak ada ibu bapa yang sanggup untuk melihat anak-anak mereka ‘terjerat’ dengan panahan cinta ‘Pak Hitam’ yang berniat serong.

- UTUSAN
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url