Sudoku boleh kurangkan obesiti

LONDON: Menghabiskan masa untuk menyelesaikan silang kata atau sudoku didapati mampu mengurangkan berat badan kerana kegiatan itu membakar secara purata 90 kalori sejam.

Pakar latihan mental Tim Forrester dari laman web www.cannyminds.com yang membuat dakwaan itu, berkata latihan mental menerusi permainan seperti silang kata membakar kalori sama seperti melakukan senaman.

"Otak kita memerlukan 0.1 kalori seminit untuk terus berfungsi," kata Forrester.

"Apabila kita melakukan sesuatu yang mencabar dari segi mental seperti menyelesaikan silang kata atau menjawab kuiz, kita membakar 1.5 kalori setiap minit," katanya.

Otak mengandungi berjuta-juta neuron yang berhubung dengan neuron lain, menghantar pesanan ke seluruh badan.

Neuron mengeluarkan kimia yang digelar neurotransmitter untuk menghantar pesanan.

Neuron ini mengambil 75 peratus glukos gula dan 20 peratus oksigen dari darah untuk mengeluarkan neurotransmitter.

Berikutan itu melakukan kegiatan seperti menyelesaikan silang kata atau sudoku yang mencabar bermakna otak memerlukan lebih banyak glukos dan kalori.

Juara lapan kali Pertandingan Daya Ingatan Dunia, Dominic O'Brien, berkata otak memerlukan senaman seperti badan.

"Sama seperti kita perlu bersenam untuk mengekalkan kecergasan badan, otak juga perlu diberi latihan supaya ingatan kita berkekalan," katanya.

- AGENSI
Next Post Previous Post
1 Comments
  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Khamis, 26 November 2009 pada 3:57:00 PTG SGT

    waah!! saya selalu main sudoku..kalau berjam-jam main sudoku.. tiap2 ari, smpai bila2.. last2 xde dh kalori nk dibakar! hihi

Add Comment
comment url