Top Ad 728x90

Selangor haramkan ikuti program BTN

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor mengharamkan kakitangannya dan pelajar institusi pengajian tinggi milik penuh kerajaan negeri mengikuti kursus atau program dikendalikan Biro Tata Negara (BTN) berkuat kuasa serta-merta.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali, berkata arahan itu dikeluarkan kerana kursus BTN sekadar 'sesi membasuh otak' yang sengaja diada-adakan Barisan Nasional (BN) tanpa memberi kebaikan kepada peserta.

Dr Halimah berkata, kursus BTN itu tidak relevan kerana didakwa menjadi tempat memupuk semangat perkauman di kalangan peserta yang boleh memecahbelahkan rakyat.

"Oleh itu kita membuat keputusan semua pelajar di pusat pengajian tinggi milik kerajaan negeri, pegawai kerajaan dan kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan anak syarikat kerajaan negeri tidak dibenarkan menghadiri kursus ini," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Exco di sini, semalam.

Dr Halimah berkata, surat pekeliling mengenai arahan itu akan diedarkan kepada semua pusat pengajian tinggi milik kerajaan negeri, GLC dan anak syarikat kerajaan negeri dalam tempoh terdekat ini.

Pusat pengajian tinggi yang terbabit dengan arahan itu ialah Kolej Universiti Islam Antarabangsa (Kuis), Universiti Industri Selangor (Unisel), Kolej Antarabangsa Inpens dan Institut Kemahiran Yayasan Selangor.

- BERITA HARIAN

1 Comment:

  1. apa la punya bodoh...BTN yang dilaksanakan tak pernah pun suruh sokong UMNO dan Barisan Nasional. semua cerita pasal kenegaraan supaya semua kakitangan kerajaan tidak kira Melayu, India atau Cina faham dengan jelas bagaimana TANAH MELAYU mencapai kemedekaan. Ini la masalah orang melayu yanhg dah lupa diri....dah gelap hati, susah dan bodoh tak boleh diajar

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90