1.6 juta penduduk Kelantan risiko HIV
Timbalan Pengarah, Jabatan Kesihatan Kelantan, Dr. Abu Hassan Ashaari berkata, ini disebabkan pihaknya mengesan jangkitan virus itu menyerang mangsa tanpa mengira umur walaupun warga emas 60 tahun ke atas.
"Mereka sama ada lelaki atau perempuan terutama yang kerap berkahwin dan tidak menyedari pasangan masing-masing pembawa virus berkenaan," dedahnya kepada pemberita selepas merasmikan Hari AIDS Sedunia 2009 peringkat negeri di sini semalam.
Beliau berkata, golongan berisiko itu boleh menjalani ujian HIV di pusat kesihatan atau hospital kerajaan secara percuma tanpa perlu mendedahkan identiti diri.
Katanya, sejak jangkitan HIV mula dilaporkan pada 1986, jumlah kes baru HIV tertinggi dilaporkan pada tahun 2005 ialah 1,239 orang atau 93.9 bagi setiap 100,000 penduduk di Kelantan.
- KOSMO!
