Trend baru lompat atas katil


LONDON - Sebelum ini terdapat laman sosial Facebook dan kemudian Twitter yang menjadi tempat luahan perasaan golongan muda.

Namun, terdapat satu trend terbaru di Internet yang lebih pelik berbanding laman seumpama itu.

Menurut sebuah akhbar semalam, trend pelik terbaru itu ialah melompat di atas katil di bilik hotel yang kini menjadi sensasi di Internet.


Ratusan orang menghantar imej mereka melompat di atas katil dengan menggunakan pelbagai aksi yang menarik di sebuah laman blog hotel.

Di laman blog hotelsbycity.net itu, ramai pengunjung hotel menunjukkan aksi kreatif mereka.

Dalam satu aksi, satu pasangan hotel membuat gaya terbang seperti filem Superman.


Satu pasukan akrobat Australia turut menunjukkan aksi semasa mereka dalam perjalanan ke Adelaide untuk menyertai pertandingan akrobatik peringkat kebangsaan.

Seorang anggota pasukan itu berkata: "Kami menggunakan lompatan di atas katil sebagai sebahagian daripada persediaan sebelum pertandingan."

- Agensi
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url