Amaran ancaman keselamatan pengguna Internet Explorer
Ketua Eksekutifnya, Husin Jazri, berkata dalam satu kenyataan hari ini, situasi itu dirujuk sebagai "0-day" kerana kerapuhan itu didedahkan disebabkan belum ada tampalan (patch) yang disediakan oleh vendor terbabit.
"Kerapuhan itu dengan mudah boleh dieksploitasi jika pengguna melawat laman web yang dicipta oleh penyerang. Penyerang akan menghantar URL (alamat laman web) kepada pengguna menggunakan email untuk mengelirukan mereka, sedangkan mereka sebenarnya memasuki ke laman yang berniat jahat," katanya.
Beliau berkata, kerapuhan itu juga boleh digunakan oleh pencipta kod yang berniat jahat untuk memasang komputer dengan pelbagai ancaman seperti trojan atau virus untuk menyerang komputer mangsa.
- HARIAN METRO
lama dah tinggalkan IE ni, lembab sgt, baik pakai firefox. windows pun guna utk buat kerja pjbt je, skrg beralih kpd ubuntu linux utk layari internet. dua2 tu open source, update tiap hari sentiasa ada org awam yg pakar buat keje tu berbanding microsoft yg pekerjenye makan gaji tak brpa nak ikhlas buat keje, bisnes la katakan...sdiri buat masalah sdiri bg jln penyelesaiannya asal kita org awam ni sggup byr. taktik tu dh dpt hidu dah...