Kecewa tak dapat duduki MTEST

Saya antara ribuan pemohon Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) ambilan Jun 2010 dan mahu menyatakan dukacita terhadap proses pemilihan calon bagi menduduki ujian Mtest yang akan diadakan tidak lama lagi.

Untuk pengetahuan semua, ramai antara kami tidak tersenarai bagi menduduki ujian itu sedangkan syarat yang dikemukakan pada borang permohonan sudah dipenuhi. Apabila dirujuk kepada Kementerian Pendidikan, jawapannya ialah terlalu ramai yang memohon justeru, tapisan terpaksa dibuat. Adakah kementerian sedar bahawa kami membayar RM6 dengan membeli nombor pin hanya untuk menduduki ujian itu serta ujian seterusnya. Sepatutnya pihak kementerian sudah bersedia dengan keadaan ini berdasarkan pengalaman lalu.

Mengapa tidak diletakkan saja syarat ketat supaya hanya yang benar-benar berkelayakan yang memohon jika ingin mengurangkan bilangan permohonan? Mengapa perkara ini tidak berlaku pada sesi pengambilan sebelum ini? Adakah ini caranya kementerian mahu mengaut keuntungan. Kami sedar bajet tahun ini untuk setiap kementerian agak sedikit kurang disebabkan keadaan ekonomi yang tidak mengizinkan tetapi ini bukan caranya. Ramai pemohon sudah memohon untuk kali kedua, ketiga dan ada antaranya untuk kali ketujuh. Untuk kali ini mungkin harapan mereka sedikit menggunung berdasarkan pengalaman menduduki sebelum ini tetapi alangkah sedih apabila semua persediaan telah dibuat, siang malam mengulang kaji soalan dan jawapan malangnya nama tiada dalam senarai panggilan. Betapa kecewa dan remuknya hati mereka hanya Allah yang tahu. Ke mana perginya slogan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’?

Oleh demikian, saya berharap Kementerian Pengajian Tinggi dapat membuat pertimbangan sewajarnya terhadap masalah ini. Beri mereka ini peluang sekali lagi. Semoga kita mendapat calon yang benar-benar berkelayakan yang dapat menunaikan tanggungjawab mendidik anak bangsa kita dalam mencapai kejayaan dan bukan hanya calon yang terdesak sekadar ingin berkerja dalam sektor kerajaan.

AZIZUDDIN OSMAN,
Kulim, Kedah.

- FORUM BERITA HARIAN 16 MAC 2010
Next Post Previous Post
6 Comments
  • Unknown
    Unknown Rabu, 17 Mac 2010 pada 11:28:00 PTG SGT

    saya akui mereka dapat untung dari penjualan number pin, tapi duit itu juga disalurkan kepada penjaga2 exam dan juga untuk kos exam. tentang bilangan pemohon,kalao dah terlalu ramai tentulah mereka perlu menapis. logically thinking.

    sama juga sperti permohonan masuk universiti. semua syarat2 sudah dipenuhi, tapi kuotanya sudah ditetapkan.

  • mek da ©™
    mek da ©™ Khamis, 18 Mac 2010 pada 8:50:00 PG SGT

    sy juga antara ribuan yang terkilan dgn keputusan ini

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Khamis, 18 Mac 2010 pada 1:01:00 PTG SGT

    Alhamdulillah,saya berjaya menduduki mtest.tetapi saya amat terkilan kerana sesetengah calon yang berjaya menduduki mtest tidak mematuhi etika berpakaian seperti yang telah ditetapkan..ada sesetengah dari mereka yang hanya memakai selipar atau sandal sahaja dan ada juga yang tidak berpakaian formal.bukankah lebih baik peluang ini diberikan kepada mereka yang benar-benar ingin menjadi pendidik? Saya cadangkan semasa mtest dijalankan,perlu ada pemantauan dari pihak yang berkenaan agar perkara ini tidak akan berlaku lagi..

  • just share
    just share Khamis, 18 Mac 2010 pada 10:06:00 PTG SGT

    salam.. entahlah, tak tau apa sbb.. wlaupun ada reason, tp kukuh kah reason tu.. ada ke surt pkeliling dikeluarkan.. klu nk tapis ckp awl2 syrt khas, ni dh mcm menganiaya org rmai.. wslm..

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Jumaat, 19 Mac 2010 pada 1:08:00 PG SGT

    mmg logik kalau kementerian menapis kemasukkan ke mtest.

    TAPI adalah lebih bagus, sekiranya di letakkan di sana SYARAT MINIMUN ADALAH pointer 2.75, xde la ramai yg terkilan.

    aku adalah salah seorang yg memohon dan GAGAL. bila aku telefon kementerian

    "pemilihan dilakukan dengan menggunakan komputer yg mana syarat minimum adalah 2.75"

    aku tak pasti la kesahihan berita tuh, tp itu la yg di beritahu pada aku..

    "2.75 di berikan keutamaan " dengan "minimum 2.75" adalah 2 ayat yg berbeza maksud. jadi di harapkan kementerian lebih peka dalam soal nie..

    karang di POLITIKkan pula isu nie..

    Daripada di ambil bebudak 2.75 nie, bagus lagi kalau di berikan keutamaan pada GSTT xpun orang2 lain yg sedang bekerja di pedalaman..pendapat aku la..bagi aku dorang lebih layak daripada bebudak yg baru grad dengan pointer tinggi tp tak tentu lagi boleh bekerja..

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Sabtu, 20 Mac 2010 pada 11:08:00 PTG SGT

    "pemilihan dilakukan dengan menggunakan komputer yg mana syarat minimum adalah 2.75"

    btl la kot tapi nape yer ader gak yg pntr 2.5 ble lepas ke mtest...pelik juga.bila cal1 ke bpg, result masa spm pula d persoalkan.pas tu yg x berapa nak puas hati ni agak ramai juga bebudak yg baru grad n 1st time aply kpli dapat mtest.bgus juga cdangan letak syarat or keutamaan pada gstt. lagi berfaedah.

    pointr bebudak skrg memang da power2. x la sama ngan pointer mreka2 yang grad thn 2000. bagai langit ngan bumi la. pendapat akula coz aku grad 2003. pntr x cpai 2.75 pn. kalu stil syarat cam tu sampai xprd la x lyk aply kpli.

    kalu bole repeat cam spm nak juga repet beberapa peper tuk naikkan pointer.hehe..

    n apa kata berikan peluang pada mreka2 yang prnah berjaya ke interview. tu tandanya mereka layak. btl tak?

    n betul ker pemilihan ke interview tu berdasarkan markah mtest? ataupun berdasarkan opsyen kritikal semasa?

    tq

Add Comment
comment url