Lulusan STPM, SPM perlu terokai kursus mencabar

Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 telah diumumkan.

Seiring itu, institusi pendidikan awam dan swasta mula berlumba-lumba mengiklankan kursus masing-masing, dari peringkat sijil hinggalah ijazah.

Keadaan sekarang tidak seperti 15 tahun lalu. Ketika itu hanya Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang membuat pengiklanan, sementara hanya beberapa buah sahaja Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang baru tumbuh mempamerkan keistimewaan masing-masing.

Namun kini bukan sahaja IPTS yang galak mempelawa pelajar lepasan SPM atau STPM memilih pusat pengajian mereka, tetapi IPTA juga memainkan peranan berlipat ganda dengan tujuan untuk menambah bilangan pelajarnya.

Keadaan ini tidak mengambil kira pelbagai karnival pendidikan, ekspo pendidikan dan beberapa acara lain sebagai promosi memperkenalkan program masing-masing serta sebagai platform kepada sesiapa sahaja, termasuk pelajar asing, mendapatkan maklumat kursus yang ditawarkan.

Ini menunjukkan Malaysia semakin aktif untuk menjadikan negara sebagai hab pendidikan serantau dan sekali gus membuka banyak peluang sosioekonomi tempatan.

Namun di sebalik keghairahan ini dilihat satu impak negatif akan muncul jika kita terlepas pandang mengenainya. Apakah kesemua kursus yang ditawarkan menjanjikan peluang pekerjaan yang banyak?

Apakah masih ada graduan yang bekerja nanti di luar kelayakan ijazah bidang mereka? Peratus golongan menganggur semakin tinggi atau sebaliknya? Adakah keperluan permintaan pekerjaan tersebut melebihi penawaran yang ada atau sebaliknya?

Persoalan-persoalan ini tidak mudah diketepikan kerana banyak kursus yang sama ditawarkan oleh semua IPT. Sebagai contoh, apabila kerajaan mengatakan negara kekurangan jururawat berdaftar, pelbagai kolej muncul untuk menawarkan kursus kejururawatan.

Dahulu kita lihat kursus Teknologi Maklumat menjadi sebutan ramai. Kursus lain dipandang sepi dan bukan menjadi daya penarik lagi. Akibatnya banyak kursus tidak dikembangkan dengan alasan tidak mendapat permintaan tinggi. Namun adakah ini suatu akibat atau hakikat, apabila pengangguran mungkin berlaku kepada graduan dalam bidang tersebut pada masa akan datang?

Sudah tiba masanya pelajar sendiri mempelajari, mengkaji, mendapatkan pandangan serta meneroka lebih jauh masalah ini. Memilih kursus yang glamor, senang dipelajari atau mudah untuk mendapat tajaan biasiswa atau pinjaman, sepatutnya diketepi awal-awal lagi.

Terokai bidang baru yang lebih mencabar dengan peluang pekerjaan yang tinggi serta lebih professional. Dengan erti kata lain, menceburi sektor pekerjaan yang sukar mendapat pekerja. Sebagai contoh bidang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan Egronomic merupakan bidang yang wajar dipilih kerana peluang kerjaya ini luas tetapi masih belum dikuasai oleh ramai orang terutama golongan muda.

Prospek kerjaya ini bukan hanya setakat diploma atau ijazah tetapi layak memperoleh sijil NIOSH atau buku hijau (green book) setelah mempunyai tiga tahun pengalaman bekerja.

Manakala peluang pekerjaan pula, bukan sahaja dalam industri pembinaan, pembuatan atau minyak dan gas, tetapi sebenarnya merangkumi keperluan semua industri iaitu tertakluk kepada Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Terokailah dunia kerjaya yang lebih mencabar dan berlainan supaya masa depan anda lebih terjamin.

SHARIFAH ROSNAH SYED MAHMUD
Lanchang, Pahang

- FORUM UTUSAN
Next Post Previous Post
4 Comments
  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Selasa, 23 Mac 2010 pada 10:24:00 PG SGT

    dear all

    skrg kite nampak 1 trend yang amat menakutkan yang berlaku dimana kita sanggup menggadai maruah anak gadis kite .. maruah agama kite dengan menawarkan program kejururawatan.Gadis yang umor barely 18 telah didedahkan dengan organ2 sulit lelaki. Almost all budak2 melayu kite yang baru nak kenal dunia.

    Mereka telah dirangsang dari awal lagi atas name profession konon. Kite ada agama .. agama kia Islam .. satu agama yang menitikberakkan hal maruah golongan perempuan kite.. maruah keluarga kite .. maruah kite semua adalah maruah agama ...

    Fikir lah sejenak jangan main buat saje tanpa memikirkan implikasinye.

    jika jururawat ini cuma merawat pesakit2 perempuan sahaja okey la .. ni da jadi free for all ..

    jgn la kite sebuk pasal pakai tudung.. jgn la kite sebuk pasal haram dan halal .. kalo bende yang bagitu penting dalam Islam di abaikan ...

    Astaghfirullah Al azhim

    aku telah haramkan anak aku dari mengambil kursus ini .. dan aku juge telah haramkan anak lelaki aku dari beristerikan merek…

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Selasa, 23 Mac 2010 pada 5:14:00 PTG SGT

    kenyataan diatas mmg betul. orang2 tua dan pemimpin kite la yang bawak budak2 kite ke arah kebinasaan. kalo x salah satu kolej yang berlandaskan Islam KIST juga sebuk dengan progam nursing .. kalo kite tengok almost 99 percent ank gadis kite jugak yang terjebak. knape jadi camni..

    mak ayah dirumah x taw .. budak2 ni kalo balik rumah pun xkan die nak cite die kene pgg btg india., cina , mat black .. huhu .. mmg teruk .. die sendiri pun da sonok ..semua ini adalah rahsia ..
    kalo die kawin husband pun xkan taw .. kalo husband tu jenis ngekngok ar ..kalo aku sori arr nak kawin ngn pompuan jenis ini ..
    Profession murni konon ..

    ape nak jadi dengan kite .. kite ade agama laa..kalo kite kafir hentam saje la .. tapi kite Islam ..

    Kolej Polytek MARA pun same .. org melayu punya tu .. org Islam ..menawarkan kursus jururawat jugak .. di Kelantan lak tu ... tempat PAS ..

    xkan org PAS x leh fikir kut ...
    Ilmu ape ni ..

    Mane maruah Islam . Org kafir pun xnak antar ank die wat nursing .. die taw keje jen…

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Rabu, 24 Mac 2010 pada 12:07:00 PTG SGT

    tak fahamla ngan manusia yg memberikan komen2 mcmani, seolah2 takde akal nk fikir..jgn hanya nila setitik, rosak susu sebelangan..kalau tak jd nurse, klu perangai da jahat, kurang ajaran dari parents, ttp jahat jugak..kenapa nak salahkan pas jek?mentang2 la kolej tu di negeri kelantan, so pas la yg salah? empunya kolej tu mmg org pas ker? nurse adalah tugas yg mulia, merawat pesakit.klu tak didedahkan dengan pesakit atau anggota sulit pesakit sekalipun, maruah anak gadis tetap tergadai kerana anak gadis sekarang sudah matang sebelum usia dan ini menjadi tanggungjwab ibubapa mendidik, bukan menyalahkan sesuatu yang lain..ibu bapa pada zaman sekarang lebih suka menunding jari dari bertindak..kewujudan kolej adalah untuk memberi ruang pekerjaan kepada golongan muda..jgn berfikiran sempit dengan menyatakan yang 'aku telah haramkan anak aku dari mengambil kursus ini .. dan aku juge telah haramkan anak lelaki aku dari beristerikan mereka'..ingat, ape yang kita tak nak,yang itulah Al…

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Rabu, 24 Mac 2010 pada 9:17:00 PTG SGT

    xpaham knp kerjaya kjururawatan ni ble jadi isu...

    kerjaya d luar bidang politik jgn d politikan...

    anak2 yang dididik dengan cara berhemah pasti dapat membezakan baik buruk sst perkara... sikap dan percakapan ibubapa di rumah la faktor utama pembentukan sahsiah anak2... tapi kalu da stp hari anak2 mendengar hujah2 -ve tentang perkara2 yg berlaku terutamanya dari paper n tv bgaimana anak2 nak meneladani ibubapanya. anak2 dari golongan sempit fkiran cm ni la yg biasanya terabai. dok kutuk itu kutuk ini sampai terbawa2 kat rumah. anak2 membesar dgan sgala bntk pndgn -ve. mana anak2 nak bpkiran +ve.

    jgn sempitkan fikiran...

Add Comment
comment url