Peminjam PTPTN Paling Ramai Ditahan Imigresen Di Kelantan

Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang ditahan di lapangan terbang kerana tidak membayar pinjaman daripada perbadanan itu merupakan jumlah kes yang tertinggi dicatatkan Jabatan Imigresen Kelantan.

Pengarahnya, Che Bahrom Hamzah berkata, jabatan itu terpaksa melaksanakan tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang didapati belum menjelaskan hutang PTPTN termasuk melaksanakan proses penangguhan kepada pemiutang yang ingin membuat pasport untuk ke luar negara.

"Bagi pemiutang ini, sebarang urusan untuk membuat dan memperbaharui pasport ditangguhkan sehingga nama mereka dibersihkan daripada senarai pemiutang PTPTN," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tanpa menyebut peratusan kes penahanan membabitkan pemiutang PTPTN di negeri ini beliau berkata, pemiutang perlu memeriksa nama masing-masing dengan PTPTN bagi memastikan tiada sebarang masalah yang timbul ketika mereka ingin ke luar negara.

"Seperti di negeri lain, berdasarkan arahan dan kenyataan nama yang dikeluarkan PTPN, pasport boleh didaftar baru setelah pembayaran hutang itu dirunding dan dibincangkan oleh pihak berkenaan," katanya.

Selain itu Che Bahrom berkata, pemiutang yang daif yang tidak dapat membayar pinjaman dan disahkan oleh mahkamah sebagai muflis turut disekat nama mereka untuk ke luar negara.

Beliau berkata, pelanggan yang tidak membayar cukai pendapatan, pesalah jenayah yang melakukan jenayah sivil juga turut disekat nama mereka untuk keluar negara.

"Bagi menyelesaikan masalah nama disekat sebelum ke luar negara, pemiutang dinasihatkan melunaskan hutang masing-masing daripada mana-mana institusi peminjam bagi memudahkan urusan ke luar negara atau urusan membuat atau memperbaharui pasport.

"Bagi mengetahui nama mereka layak memiliki pasport atau tidak jika ingin ke luar negara, mereka boleh memeriksa nama dengan melayari internet dan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang disediakan pihak terbabit," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, purata sebanyak 100 permohonan untuk E-Pasport Malaysia versi Piawaian Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dikeluarkan setiap hari sejak 28 Feb lalu di negeri ini.

Beliau berkata, E-Pasport ICAO yang dilancarkan 2 Feb lepas oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein menjadi pilihan orang ramai kerana ia turut menawarkan passport berharga RM100 bagi tempoh sah laku selama dua tahun.

- BERNAMA
Next Post Previous Post
4 Comments
  • MasReena
    MasReena Sabtu, 6 Mac 2010 pada 10:41:00 PTG SGT

    Ramai Peminjam pergi Siam ke?

  • kk
    kk Sabtu, 6 Mac 2010 pada 11:43:00 PTG SGT

    Harap pihak imegresen dapat menyediakan bahagian penyemakan nama yang tidak lepas dengan PTPTN didlm lmn web. Ini penting supaya tdk ramai lg yg ditahan.Ramai yg tdk tahu yg dia tiba2 kene thn imegresen.

  • MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN)
    MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN) Ahad, 7 Mac 2010 pada 12:02:00 PG SGT

    bukan pegi ke siam
    tapi masa diaorang nak buat pasport di Imigresen Kelantan, dapat trace mereka tak bayar PTPTN

    kk
    memang dah ada Semakan Senaraihitam PTPTN (lihat SEMAKAN KERAJAAN di blog ni)
    http://eform.ptptn.gov.my:8080/blacklist/login.cfm

  • Wandy
    Wandy Sabtu, 11 Disember 2010 pada 11:29:00 PTG SGT

    salam.kalau nak buat border pass pon x lepas ke?cuma nak lalu highway siam dr bukit kayu hitam ke rantau panjang..dekat ckit blik kg bkl mentua..

Add Comment
comment url