Top Ad 728x90

,

Angkasa tubuh bank beroperasi tahun depan

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) akan menubuhkan sebuah bank koperasi di negara ini yang dijangka dapat beroperasi pada April tahun depan.

Naib Yang Dipertua Angkasa, Armi Zainudin berkata, pihaknya telah mengemukakan cadangan itu kepada menteri yang berkenaan.

"Sekarang ini sudah ada dua bank yang bekerjasama dengan Angkasa iaitu Bank Rakyat dan Bank Persatuan.

"Bagaimanapun bank yang akan ditubuhkan itu berbeza dengan kedua-dua bank sedia ada kerana ia lebih tertumpu pada perkhidmatan untuk koperasi-koperasi sahaja,'' katanya ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Kepenggunaan Dalam Koperasi di sini hari ini.

Seminar tersebut dihadiri seramai 230 peserta yang membincangkan tentang kepenggunaan, pengurusan perniagaan, amalan menabung dan beberapa perkara berkaitan kewangan.

Armi berkata, setakat ini terdapat tujuh juta anggota Angkasa dan 7,000 koperasi di negara ini dan dengan adanya bank tersebut ia dapat membantu koperasi untuk bergiat lebih aktif pada masa akan datang.

Mengenai seminar itu, beliau memberitahu, ia merupakan yang keempat diadakan selepas Terengganu, Perlis dan Sarawak.

Turut sama diadakan pada seminar tersebut ialah pelancaran kempen menabung dengan 15 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Salor di sini menerima tabung daripada Bank Rakyat sebagai permulaan mendidik generasi muda untuk menabung.

- UTUSAN

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90