Top Ad 728x90

Tujuh tonggak digaris capai abad Islam

Siri Syarahan Perdana Putrajaya (SPP), di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya, sudah berakhir, tetapi kesannya amat mendalam apabila acara pertama seumpamanya menarik minat orang ramai.

SPP yang diilhamkan Datuk Seri Najib Razak bakal menjadikan Putrajaya bukan sekadar pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan semata-mata, malah menjadi pusat percambahan ilmu dalam pelbagai bidang yang menghimpunkan tokoh Islam dan bukan Islam terbaik dunia.

Syarahan Perdana Putrajaya (SPP), di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya, sudah berakhir, tetapi kesannya amat mendalam apabila acara pertama seumpamanya menarik minat orang ramai.

SPP yang diilhamkan Datuk Seri Najib Razak bakal menjadikan Putrajaya bukan sekadar pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan semata-mata, malah menjadi pusat percambahan ilmu dalam pelbagai bidang yang menghimpunkan tokoh Islam dan bukan Islam terbaik dunia.

Tidak mustahil satu hari nanti, Putrajaya seiring malah lebih baik dalam meneruskan budaya ilmunya melalui siri syarahan perdana seperti di Washington DC atau Downing Street, London.

Yang paling menarik sepanjang SPP itu ialah kemunculan intelek Islam terkenal, Profesor Dr Ali Al-Amin Mazrui dengan syarahannya boleh membuka minda.

Beliau antara lain berkata: “Kebijaksanaan bermula apabila kita memahami diri kita sendiri dan kebijaksanaan menjadi matang apabila kita berhasrat mencapai standard manusia yang lebih tinggi.”

Dr Ali adalah Profesor Kemanusiaan Albert Schweitzer dan Pengarah Institut Kajian Kebudayaan Global di State University, New York dekat Binghamton, Amerika Syarikat (AS).

Beliau menegaskan ketika umat Islam berusaha membina etika global, tonggak kebijaksanaan adalah amat penting terutama bagi mencapai abad Islam yang beliau sendiri gariskan bermula sekitar 1950 hingga menjelang 2050.
Beliau menggariskan tujuh tonggak utama bagi mencapai abad Islam iaitu keperluan sikap tolak ansur serta meminimumkan keganasan; mengoptimumkan kesejah-teraan ekonomi penduduk; keadilan sosial; kesamarataan gender; keseimbangan ekologi; dialog serta kerjasama antara agama dan pencarian terhadap kebijaksanaan selanjutnya.

Katanya, sudah tiba masanya masyarakat Islam di seluruh dunia mencari semula tujuh tonggak kebijaksanaan itu untuk diperhalusi sebagai kriteria baru ketika berdepan dengan ketidakseimbangan sistem dunia kini.

Ketika menyampaikan syarahannya bertajuk ‘Abad Muslim - Mitos atau Realiti’ Pencarian Tonggak Kebijaksanaan Moden’, Dr Ali turut mengupas pelbagai isu semasa berkaitan umat Islam dan dunia Barat, terutama ketidaktentuan serta konflik selepas tragedi 11 September 2001.

Beliau dilahirkan di Mombasa, Kenya pada 24 Februari 1933, kini menetap di New York, turut memperjelaskan konsep 1Malaysia yang dicetuskan Perdana Menteri, dengan menyifatkannya satu pendekatan tepat bagi meneruskan tradisi demokrasi dalam masyarakat berbilang etnik seperti disarankan dalam Islam.

Katanya, Malaysia negara yang kini lebih demokratik berbanding negara lain dengan kaum Melayu bersama kaum lain, mempelajari pengurusan masyarakat pelbagai etnik.

Jelas Dr Ali, konsep 1Malaysia itu terangkum dalam satu daripada tujuh tonggak kebijaksanaan yang digariskan beliau iaitu mencari keadilan sosial bagi mengurangkan ketidaksamaan etnik dan kaum serta mencari ketidakseimbangan yang lebih berperikemanusiaan.

Beliau berkata, gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri itu antara lain memberi tumpuan kepada semangat toleransi serta keadilan sosial selari dengan prinsip Islam.

Perdana Menteri yang turut hadir mendengar syarahan Dr Ali, ketika mengulas pandangan itu berkata, gagasan berkenaan mengandungi prinsip Islam yang dibudayakan, turut menepati kehendak al-Quran.

Antaranya ialah prinsip toleransi dan keadilan sosial berdasarkan sepotong ayat al-Quran bahawa Allah menjadikan manusia dalam kelompok, kabilah dan negara supaya kita mengenali antara satu sama lain dan perbezaannya cuma dari segi ketakwaan kepada Allah.

Konsep itu bermakna semua pihak perlu menghormati kepelbagaian budaya kerana ia sesuatu yang dijadikan oleh Allah supaya manusia dapat mengamalkan cara hidup dan memimpin, sekali gus menghargai apa dijadikan Allah.

Dr Ali berkata, pengurusan masyarakat majmuk menjadi cabaran utama orang Melayu bukan saja di Malaysia dan Indonesia, malah di kepulauan Melayu seluruhnya. Orang Melayu tinggal bertaburan di banyak negara dan berkuasa di sesetengah negara itu dan ada juga yang dikelilingi bukan Melayu.

Persoalannya, Dr Ali berkata, adakah orang Melayu diberi ujian oleh Allah SWT untuk menguruskan satu masyarakat majmuk di Malaysia dan mempelajari kemahiran pendemokrasian? Adakah ia menjadi sebahagian daripada perancangan hebat Allah hinggakan sejarah orang Melayu dimasukkan dalam fasa naturalis, Buddha, Hindu dan akhirnya Islam.

Adakah evolusi pelbagai agama ini bagi orang Melayu bermaksud untuk dijadikan pelbagai persediaan bagi kepemimpinan berbilang budaya pada masa depan?

Dr Ali berkata, kewujudan bersama antara orang Melayu dengan jirannya tidak statik sebaliknya membabitkan jatuh bangun, kejayaan dan kegagalan, dengan Malaysia dan Indonesia kini menjadi lebih demokrasi berbanding dunia Islam lain.

Katanya, dunia Islam dan bukan Islam lain kini mahu mempelajari kemahiran menguruskan masyarakat berbilang kaum, agama dan etnik seperti dilaksanakan di Malaysia.

- BERITA HARIAN

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90