USM Hasilkan Plastik Mesra Alam
Pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral Profesor DrHanafi Ismail, yang mengetuai tiga anggota pasukan penyelidik berkata plastik yang mampu terurai itu dihasilkan daripada sisa buah-buahan tropika seperti kulit pisang, kulit rambutan dan kulit belimbing.
Pada masa ini, katanya, kebanyakan plastik komersial dibuat daripada petroleum dan gas asli yang tidak boleh terurai.
"Idea kami ialah untuk menyelesaikan masalah alam sekitar yang disebabkanoleh petroleum berasaskan polimer yang lengai dengan serangan mikro organisme dan tidak terurai," katanya kepada pemberita semasa pengenalan produk-produk yang mereka namakan Fruitplast, di sini hari ini.
Beliau berkata proses menghasilkan Fruitplast mengambil masa seminggu untukmenukarkan sisa buah-buahan menjadi lapisan plastik.
"Kami telah menjalankan kajian degradasi ke atas Fruitplast dan ia telahmembuktikan bahawa dalam semasa dalam keadaan dibuang, ia akan rosak dalam satu tempoh masa antara tiga hingga enam bulan. Kos mengeluarkan Fruitplast pula 10 peratus lebih murah," katanya.
"Pada masa ini, kami sedang dalam proses mempatenkan Fruitplast sebelum kamimengeluarkan produk ini secara komersial dalam tempoh kira-kira setahun,"katanya.
Sementara itu, Prof Madya Noor Aziah Abdul Azizi dari Bahagian Sains danTeknologi, Pusat Pengajian Teknologi Industri, telah menghasilkan mi yang dibuat daripada pisang hijau.
Beliau berkata mi yang biasanya dibuat daripada tepung gandum, pemakanannyatidak seimbang kerana kebanyakan sumbernya ialah karbohidrat.
"Kami menghasilkan mi dengan menggantikan tepung gandum dalam mi denganpisang hijau dalam usaha untuk menjadikannya kaya dengan serat diet dan patibertahan dengan warna semulajadi yang sama dengan mi soba Jepun," katanya Beliau berkata mi pisang hijau itu dinamakan mi Greenana.
Katanya mi Greenana itu ialah diet pilihan bagi sektor populasi dengankalori tertentu dan glymik keperluan diabetik dan individu yang mempunyai berat berlebihan.
"Pada masa ini kami sedang berbincang dengan sebuah agensi kerajaan bagimengkomersialkan mi Greenana yang 10 peratus murah berbanding mi organik,"katanya.
Beliau berkata mi Greenana telah menerima anugerah khas bagi RekaciptaTerbaik dan Anugerah Perak bagi rekacipta mi Greenana pada Ekspo RekaciptaWanita Antarabangsa Korea (KIWIE) 2010, di Seoul.
- BERNAMA