Tiada kemelesetan berganda di Malaysia
Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negara, Datuk Dr. Zainal Aznam berkata, Malaysia semakin bersepadu dengan Asia, pertumbuhan serantau yang berterusan akan menambah rangsangan terhadap ekonomi Malaysia.
"Jika negara-negara Asia, terutama China dan India, terus membangun, ia akan memberi rangsangan tambahan untuk pemulihan ekonomi Malaysia. Apa sahaja yang merangsang pertumbuhan Asia adalah baik untuk Malaysia," katanya.
Pada temu bual dengan Bernama, Zainal berkata, jika Malaysia mencapai sasaran pertumbuhan 12.9 peratus pelaburan swasta dalam Rancangan Malaysia Ke-10 atau kurang, ia akan meningkatkan kadar pertumbuhan dan secara tidak langsung menyumbang kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) yang dijangkakan sebanyak enam peratus.
"Model Baru Ekonomi lebih optimistik, Jika anda mengikuti sepenuhnya preskripsi model baharu, pertumbuhan yang merangkumi liberalisasi, tadbir urus yang baik serta mengurangkan kos untuk menjalankan perniagaan, ia boleh menambah separuh peratus mata lagi kepada KDNK," katanya.
Mengenai KDNK suku kedua Malaysia, Zainal menjangkakan ia lebih rendah berbanding suku pertama.
Negara mencatat pertumbuhan KDNK 10.1 peratus pada suku pertama tahun ini.
"Suku pertama bermula dengan asas yang lebih rendah berbanding suku sebelumnya, dan keadaan itu memberikan gambaran sintetik lonjakan pesat kadar pertumbuhan.
"Oleh itu, pada suku kedua, saya menjangkakan pertumbuhan KDNK kurang daripada 10 peratus. Ia menggembirakan untuk melihat angka antara enam dan lapan peratus," katanya.
Ditanya sama ada pasaran membangunkan mampu membayangi Malaysia dalam usaha untuk mencapai pertumbuhan yang diunjurkan itu, Zainal berkata, ia bukan lagi rahsia bahawa Malaysia dan negara Asia Tenggara yang lain tewas kepada China sejak lapan hingga 10 tahun lepas.
"Kebanyakan pelaburan asing yang datang ke Asia, telah beralih ke China.
Kekangan yang menjejaskan sentimen pelabur termasuk kekurangan modal insan terlatih," katanya.
"Pelabur mendakwa kurangnya tenaga yang bersesuaian dan jumlah yang tepat merupakan halangan kepada pelabur asing untuk menjalankan perniagaan di Malaysia juga menyebabkan pelabur asing mencari lokasi alternatif.
"Kos kawal selia yang tinggi dan peraturan yang ketat juga menjejaskan minat pelabur, dan oleh itu sistem penyampaian kerajaan perlu ditingkatkan," katanya.
- BERNAMA