Ahad, Oktober 24, 2010

Kelantan Isytihar 4 Nov Hari Cuti Peristiwa


KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan mengumumkan 4 Nov iaitu Khamis depan sebagai hari cuti peristiwa sempena pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Galas.

Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk Mohd Aiseri Alias menerusi surat pekeliling arahan pentadbiran SUK kepada Bernama di sini pada Ahad.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandang wakil rakyat daripada PAS, Chek Hashim Sulaima, 46, akibat barah usus 27 Sept lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu pada 26 Okt ini.

- BERNAMA

2 ulasan:

  1. cuti peristiwa tu ada maknanya (taktik pas), kalau ikut tilikan aku cuti tu boleh digunakan oleh orang-orang pas seluruh kelantan untuk berkampung di galas, anda semua faham-faham la kalau orang-orang pas bekumpul ditempat membuang undi...

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Recent Posts