Rakyat Malaysia kena sedia hadapi gempa
Pakar Geologi, Prof. Madya Dr. Tajul Anuar Jamaluddin berkata, kemungkinan itu ekoran daripada retakan-retakan besar (sesar) yang terdapat di dalam kerak bumi.
Katanya, walaupun ketika ini retakan itu tidak aktif tetapi gerakan pada kerak bumi yang didorong oleh gempa di sekeliling Semenanjung Malaysia boleh mengundang bencana tersebut.
"Kekerapan berlakunya gempa bumi di sekeliling Malaysia, contohnya di Indonesia, Myanmar dan Jepun akan mendorong patahan pada retakan-retakan besar ini seterusnya ia akan aktif dan menghasilkan gempa bumi.
"Apa yang dapat dipastikan, kemungkinan itu tetap ada tetapi bila ia akan berlaku sama ada mengambil masa puluhan atau ratusan tahun tidak dapat dipastikan," kata Tajul Anuar yang merupakan Pensyarah Geobencana, Institut Kajian Bencana Asia Tenggara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
- KOSMO!
Perghhhh.. Seram je baca.. Ape2 pun kita berdoa je banyak2 mintak dijauhkan dari bencana Allah itu..
Entry Terbaru 1 : Amy Search Pengetua AF Musim Kesembilan?
Tunggulah... apabila berlakunya dosa Fitnah secara berleluasa tanpa dicegah dan dibenci... maka tunggulah bala dari Allah sebagai kifarat kepada dosa2 fitnah tersebut yg akan menimpa kita semua. Jadi adalah menjadi keWajipan kita utk sama2 menghapuskan fitnah atau setidak2nya kita membenci perbuatan fitnah itu... Jangan kita ingat kita boleh terselamat mengikut kedudukan geologi kita... sedangkan kita sibuk bersubahat degn kumpulan yg melakukan dosa besar dan penganiyaan kpd org lain.