Top Ad 728x90

,

Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) sedia bahan Pengajaran & Pembelajaran pelbagai media

Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan peneraju transformasi generasi bestari melalui teknologi pendidikan.

Selaras dengan perubahan landskap pendidikan dengan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai pengupaya, BTP telah menjadi penggerak utama dalam pembangu nan Dasar ICT dalam Pendidikan bagi mewujudkan anjakan transformasi untuk membina daya saing negara yang mempunyai masyarakat berpengetahuan abad ke-21.

BTP menerbitkan bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam pelbagai media dan memantau pengurusan dan pembangunan pusat sumber sekolah serta program literasi maklumat.

BTP turut menyebarkan bahan pengurusan pendidikan serta P&P yang diterbitkan melalui pelbagai medium elektronik dan media cetak selain memantau dan menilai penggunaan teknologi pendidikan dalam pengajaran, pembelajaran dan pengurusan sekolah. Khidmat kepakaran dan nasihat juga ditawarkan bagi mempertingkatkan inovasi dan kreativiti teknologi pendidikan di sekolah.

Selain itu, BTP juga telah melaksanakan program-program pemantapan pembestarian sekolah dalam usaha membangun modal insan yang mampu bersaing di peringkat global, inovatif dan kreatif, bertepatan dengan peranannya sebagai peneraju teknologi pendidikan.

Di Festival Hari Guru 2011 yang berlangsung di Tebingan Sungai Kuching, Sarawak, BTP mempamerkan status penarafan sekolah menerusi Smart School Qualification Standards (SSQS), e-bahan di LMS dan video P&P dari portal EduwebTV yang diintegrasikan ke dalam P&P menerusi slot sesi P&P Bestari, program Kampus ASTRO dan pelbagai bahan multimedia serta educational games yang berkonsepkan Fun in Learning.

Pelajar dan guru boleh mendapatkan bahan-bahan tersebut menerusi spp.moe.edu.my dan eduwebtv.com

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90