Pakej iPhone 4 serendah RM248
Seramai 100 pelanggan pertama ditawarkan ‘beli satu percuma satu’ telefon pintar itu.
Ketua Pegawai Pemasarannya, Chee Pok Jin berkata, Celcom turut menawarkan iPhone 4 eksklusif edisi terhad berwarna putih kepada pelanggan setianya.
“Pelanggan pelan pintar iPhone 4 Celcom akan menerima ciri-ciri menarik seperti 6,000 minit masa berbual percuma, 600 perkhidmatan pesanan ringkas (sms) percuma ke semua rangkaian dan jaminan selama 24 bulan.
“Bagi penggemar pelan data pula, mereka akan menikmati kapasiti sehingga dua giga bites (GB) hingga empat GB dan pasti memberi kepuasan kepada pelanggan,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran telefon pintar berkenaan hari ini. Turut hadir Pengarah Pemasarannya, Zalman Aefendy Zainal Abidin.
Pok Jin berkata, bagi memberi lebih pelindungan kepada pelanggan iPhone 4, Celcom juga menawarkan skim pelindungan insurans bagi kes kecurian.
“Celcom sentiasa memikirkan sesuatu yang menarik serta baharu untuk pelanggan dan pelbagai pelan iPhone 4 kali ini adalah yang terbaik pernah ditawarkan,” jelasnya.
Pakej iPhone 4 Celcom ditawarkan pada harga serendah RM248 untuk model 16GB dan RM538 untuk model 32GB, penjimatan masing-masing sebanyak RM1,942 dan RM2,052.
Pelanggan boleh memilih tiga pelan pintar yang ditawarkan Celcom iaitu Celcom Exec i98, Celcom Exec i148 dan Celcom Exec i248.
- UTUSAN