Malaysia gagal atasi Thailand dalam Sepaktakraw Antarabangsa 2011
SKUAD sepak takraw lelaki kebangsaan gagal menandingi kehebatan Thailand selepas tumpas 0-3 pada final Kejohanan Sepak Takraw Dunia Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) 2011 yang berlangsung di Stadium Titiwangsa petang semalam.
Kesilapan yang dilakukan oleh trio negara, Noor Azman Abdul Hamid, Norshahruddin Mad Ghani dan Farhan Adam membuka peluang Thailand menang mudah pada set pertama dengan kelebihan 15-4 dalam masa 11 minit.
Kegagalan tekong negara, Noor Azman mengurangkan kesilapan memaksa jurulatih skuad kebangsaan, Jamaluddin Hassan memasukkan Muhamad Syazam Husin sebagai tekong pada set kedua.
Begitupun, Malaysia gagal menyekat kemaraan Thailand yang terkenal dengan gelaran 'Gajah Putih' itu untuk terus memburu kemenangan di set kedua dengan mata 15-6 dalam masa 14 minit.
Pada set ketiga, usaha skuad negara untuk menyekat trio Thailand yang dibarisi oleh Pornchai Kaokaew, Siriwat Sakha dan Pattarapong Yupadee memenangi set itu juga gagal apabila sekadar meraih mata 15-11.
Jamaluddin berkata, skuad kebangsaan gagal mengunakan kelebihan yang ada pada sistem baharu kiraan mata pada kejohanan itu.
"Pemain kita masih baharu lagi dan mereka baharu menjalani latihan selama empat bulan dan banyak perkara yang masih perlu diperbaiki lagi dan saya harap kita mampu mengatasi kekurangan tersebut apabila beraksi di Sukan SEA, Indonesia 2011 pada akhir tahun ini," katanya.
Sementara itu, skuad wanita Thailand turut mengekori kejayaan yang sama setelah berjaya menewaskan Vietnam 3-0 dengan kiraan 15-7, 15-12 dan 15-9 pada perlawanan akhir kategori wanita.
- Bernama
kalau tak ubah mentaliti di peringkat pentadbir dan pengawai2 sepak takraw negara sampai kiamat pun pasukan m'sia kena balun dan akan terus jadi belasahan Pasukan Thailand.. ini masalah pentadbir bukan pemain... banyak sangat politiking dan nak tunjuk terer dan menunjuk2 kununnya pandai mentadbir... walhal hasilnya membuktikan sebaliknya... sudahlah... pasukan bola pun camtu jugak... publisiti bukan main gah.. pi singapore kena balun... kalau ada duit tajaan semua sibuk dan berkira2 berapa nak masuk poket...
betultu. ini bukan masaalah pemain.selagi pentadbirannye puak2 umphorno, faham2 ajelah