Top Ad 728x90

Program pasca siswazah UTM dapat sambutan baik

JOHOR BAHRU 20 Sept. - Program pasca siswazah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mendapat sambutan menggalakkan apabila seramai 1,787 mahasiswa berdaftar mengikuti pengajian peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (Ph.D) bagi semester 2011/2012.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Ir. Dr. Zaini Ujang berkata, jumlah kemasukan tersebut berjaya membawa UTM melepasi sasaran 10,000 mahasiswa pasca siswazah sejak ia diperkenalkan di institusi pengajian tinggi awam itu.

"Dengan kemasukan tersebut menjadikan jumlah enrolmen mahasiswa ijazah lanjutan kini seramai 10,040 orang iaitu 44 peratus sekali gus melepasi angka 10,000 apabila hanya bermula dengan dua orang pada 1984.

"Namun, pada 1990, angka meningkat kepada 175, manakala pada 2000 ia menjadi 1,897 mahasiswa, 2005 (3,004) dan 2008 (4,850)," katanya di sini baru-baru ini.

Zaini berkata, kemasukan mahasiswa antarabangsa juga semakin meningkat dengan penambahan 92 mahasiswa ijazah pertama, manakala 568 pasca ijazah menjadikan jumlah keseluruhan seramai 4,162 orang.

Menurutnya, sebagai sebuah universiti penyelidikan, UTM sedang berusaha melaksanakan pelbagai program yang sesuai dengan keperluan masyarakat, industri dan selari dengan dasar kerajaan.

Kata beliau, pihaknya dalam proses menaik taraf kemudahan asrama supaya lebih selesa dan berkualiti termasuk penyediaan kemudahan penginapan mengikut piawaian antarabangsa yang dilengkapi alat penghawa dingin, pemanas air, WiFi dan peti sejuk.

- UTUSAN

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90