Top Ad 728x90

,

CIMB tawar perkhidmatan wasiat dalam talian


KUALA LUMPUR 24 Okt. - CIMB Bank dan CIMB Islamic melancarkan perkhidmatan Wasiat Dalam Talian (Wills Online), sekali gus menjadikannya sebagai bank pertama menawarkan perkhidmatan seumpama itu di Malaysia.

Perkhidmatan menulis wasiat secara Islam dan konvensional dalam talian boleh dilakukan menerusi portal perbankan internet bank itu, CIMB Clicks.

CIMB dalam kenyataannya berkata, perkhidmatan tersebut memenuhi keperluan pelbagai pewasiat dengan membolehkan pelbagai jenis aset diagihkan tanpa sebarang had kepada penerima mengikut keutamaannya.

"Perkhidmatan ini juga tersedia untuk pelanggan muslim di mana ia direka dan memenuhi syarat-syarat agihan sehingga satu pertiga dari aset mereka kepada penerima tidak termasuk di bawah undang-undang Faraid," kata Ketua Perkhidmatan Kewangan Runcit CIMB, Peter England.

Menurut England, ramai yang terlepas pandang tentang kepentingan wasiat, sama ada untuk diuruskan atau ditadbir dengan sebaiknya bagi memastikan keturunan atau penerima mendapat hak yang sepatutnya.

Untuk keterangan lanjut wasiat atas talian, orang ramai boleh menelefon 1-300-880-900; atau pergi ke mana-mana cawangan CIMB Bank dan CIMB Islamic atau melayari www.cimbbank.com.my dan www.cimbislamic.com

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90