Menteri Besar Selangor tidak akan membubarkan DUN jika Pilihan Raya Umum ke-13 diadakan sebelum Jun 2012.


SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan, Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor tidak akan dibubarkan pada awal tahun depan meskipun Kerajaan Persekutuan bertindak membubarkan Parlimen.

Beliau bagaimanapun berkata pihaknya bersedia menyertai Pilihan Raya Umum ke-13 jika ia diadakan selepas Jun 2012.

"Kita (kerajaan negeri) telah memutuskan tidak akan sertai (pembubaran DUN) jika kerajaan pusat membubarkan Parlimen awal tahun depan untuk mengadakan pilihan raya umum.

"Ini sebab kerajaan negeri mahu program dalam Belanjawan negeri 2012 yang diluluskan pada persidangan DUN untuk kebajikan rakyat dilaksanakan untuk tempoh sekurang-kurangnya enam bulan, bermula tahun depan.

"Jika ini tidak berlaku, maka ia menunjukkan seolah-olah kita tidak mengutamakan kebajikan rakyat," katanya kepada pemberita selepas sidang DUN Selangor berakhir hari ini dan ditangguh ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Abdul Khalid menafikan keputusan itu dibuat kerana tidak yakin akan mendapat sokongan rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

Menyentuh perkara lain, beliau menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya Sultan Selangor mencampuri pentadbiran negeri apabila didakwa mengarahkan setiap anggota DUN Selangor meluluskan pindaan undang-undang bagi meluaskan bidang kuasa berkaitan hal-ehwal Islam di negeri ini, Julai lepas.

Dakwaan itu, yang disiarkan sebuah portal berita, menyatakan Sultan Sharafuddin Idris Shah kononnya mengarahkan setiap ADUN Selangor meluluskan draf pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2003 pada sidang DUN 11 Julai lepas.

"Sultan Selangor tidak campur tangan dalam pengurusan kerajaan negeri. Sebagai Ketua Negeri dan Ketua Agama Islam Negeri, baginda mahukan satu keharmonian di negeri ini termasuklah meliputi seluruh rakyatnya," kata Khalid.

- MSTAR
Next Post Previous Post
1 Comments
  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Selasa, 22 November 2011 pada 6:32:00 PTG SGT

    saja nak beritahu ni, sabtu lepas 19 Nov, sy dijemput JPV selangor utk turut serta memeriahkan hari peladang, penternak dan nelayan peringkat n.selangor anjuran MOA di stesyen mardi jln kebun. Sekonyong2 nya setiap peserta di berikan RM 30 seorang, tak tahulah duit minum ke. duit makan ke(makan disediakan), duit minyak barangkali. Dua minggu sebelum itu saya juga di jemput olih JPV untuk menyertai SAF (Selangor Agro Fest)d perkarangan stadium shah alam pd 01 dis 2011 anjuran kerajaan negeri selangor. semua peserta akan diberikan T shirt utk memeriahkan program tersebut, saiz baju telah diberikan. Amat malang sekali kami diberitahu T shirt tak dpt diberikan kerana peruntukkan itu telah di gunakan (RM30 tersebut). Kata JPV lagi, terpulang pd peserta nak pergi atau tidak pada SAF tersebut. Pandangan saya, adalah tidak baik JPV mengenepikan dan menggunakan peruntukan t shirt untuk SAF demi kepentingan MOA. Berlaku adil lah pd kerajaan negeri. Kami tidak perlukan apa2 wang/baju untuk kedua…

Add Comment
comment url