Penggunaan Dakwat Kekal Tak Perlu Pinda Perlembagaan - Peguam Negara
Sebaliknya jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan untukmenggunakan dakwat kekal, peraturan berhubung perkara berkenaan perluditambah dalam Perkara 19 Akta Pilihan Raya 1981.
Penjelasan itu dibuat oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patailketika memberi keterangan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas (JPK)Parlimen bagi penambahbaikan sistem pilihan raya pada Rabu.
Pengerusi JPK, Datuk Seri Maximus Ongkili berkata, Peguam Negara akanmenyerahkan kenyataan hitam putih berhubung perkara berkenaan selewat-lewatnya Isnin depan.
"Peguam Negara akan menyerahkan kenyataan bertulis mengenai isu ini kepada jawatankuasa pada Isnin ini. Jika SPR nak laksanakan penggunaan dakwat kekal pada bila-bila masa, ia tak perlu pindaan Parlembagaan," katanya di bangunan Parlimen di sini.
Bagaimanapun Maximus berkata, tambahan kepada Perkara 19 Akta PilihanRaya perlu mendapat persetujuan Yang di-Pertuan Agong dan seterusnyadibentangkan di Parlimen.
Ditanya berhubung kenyataan bercanggah Peguam Negara sebelum iniketika dakwat kekal diputuskan untuk digunakan buat kali pertama padapilihan raya umum 2008, Maximus berkata isu tersebut tidak benar.
"Peguam Negara konsisten dalam kenyataannya sebelum ini. Memang Perlembagaan tak perlu dipinda, tapi ia membabitkan tambahan kepadaperaturan pilihan raya...ia tetap berkaitan isu perundangan," katanya.
Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12, SPR meluluskan penggunaan dakwat kekal buat pertama kalinya bagi meyakinkan rakyat terhadap ketelusan suruhanjaya itu dalam memastikan pilihan raya yang bersih dan adil.
Bagaimanapun penggunaannya dibatalkan beberapa hari sebelum proses pengundian dijalankan atas faktor keselamatan selepas mendapat nasihat perundangan termasuk keperluan menggubal satu undang-undang yangmembenarkan seorang pengundi yang tidak mahu kuku atau jari telunjuknyaditandakan dengan dakwat, diberikan kertas undi.
Dalam pada itu, Maximus berkata, berhubung cadangan mendaftarkan pengundi yang secara automatik selepas berumur 21 tahun, Peguam Negara memaklumkan bahawa perkara itu perlu melibatkan pindaan Perlembagaan.
Menurutnya pindaan itu membabitkan Perkara 119(4)(b) yang menyatakan tarikh kelayakan seseorang yang memohon sebagai pengundi.
- MSTAR