Dana RM2 Juta Untuk Penulis Buku

Kerajaan memperuntukkan RM2 juta dalam bentuk dana untuk penulis buku tempatan sebagai sebahagian daripada inisiatif membudayakan penulisan dan penerbitan buku bagi memudahkan rakyat membuat rujukan ilmiah.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum berkata, mereka yang layak membuat permohonan bagi dana itu termasuk golongan penulis, guru dan para sarjana.

"Dana itu bertujuan khusus untuk membantu penulis menerbitkan buku yang masih berada di peringkat manuskrip dan membeli buku secara terus daripada penulis," katanya ketika menjawab soalan Mohsin Fadzli Samsuri (Bebas-Bagan Serai) pada persidangan Dewan Rakyat, Khamis.

Mohsin Fadzli ingin tahu apakah langkah-langkah untuk membudayakan penulisan dan penerbitan buku-buku ilmiah, separa ilmiah mahu pun penulisan komersil yang masih kurang di kalangan guru dan ilmuan.

Salang berkata Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) turut mengadakan program untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai tanggungjawab penulis dan penerbit bagi mendapatkan International Standard Book Number (ISBN) dan International Standard Serial Number (ISSN).

Beliau berkata, bagi penulisan buku ilmiah oleh para sarjana tempatan lazimnya diterbitkan oleh koperasi penerbitan insitusi pengajian tinggi masing-masing.

- MSTAR
Next Post Previous Post
1 Comments
  • Azizul Lemin
    Azizul Lemin Jumaat, 2 Disember 2011 pada 10:32:00 PG SGT

    Salam..berita ini mungkin baik untuk didengar oleh para penulis. tetapi saya masih agak kurang jelas dengan golongan sasaran yang boleh menggunakan dana yang diperuntukkan itu. Adakah golongan yang pendidikannya rendah tetapi idea penulisannya mungkin setaraf dengan mereka yang berpendidikan tinggi tidak tergolong dalam dana yang diperuntukkan ini?.

Add Comment
comment url