Top Ad 728x90

,

3,200 jurulatih JLKN berpeluang lanjut pelajaran

KUALA LUMPUR 20 April - Kira-kira 3,200 jurulatih kontrak Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), seterusnya menjamin peluang mereka mendapat kerjaya kedua pada masa depan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, para jurulatih berkenaan juga dijangka mendapat keistimewaan apabila pengalaman kerja mereka selama ini akan turut dikira sebahagian daripada jumlah jam kredit bagi pengajian masing-masing.

Dengan cara itu, katanya, ia dapat membantu jurulatih terlibat mendapat kelulusan lebih tinggi seperti daripada diploma ke peringkat ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan seterusnya.

"Ini merupakan strategi lautan biru dengan UPSI di mana JLKN akan menggunakan kepakaran pensyarah dan prasarana di UPSI untuk memberi latihan kepada jurulatih kita," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis menandatangi memorandum persefahaman (MoU) di antara JLKN dengan UPSI di Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Sementara itu, Ahmad Zahid memberitahu, program atau aktiviti air di kesemua kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kini dihentikan buat sementara waktu.

Katanya, ia akan disambung semula selepas kesemua operator atau pengendali kem di seluruh negara dapat menyediakan kolam renang yang mematuhi spesifikasi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) untuk tujuan tersebut.

Dalam perkembangan lain, katanya, Kementerian Pertahanan tidak akan menghantar wakil ke Perancis bagi perbicaraan melibatkan pembelian kapal selam negara seperti yang didakwa oleh Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Bagaimanapun, menurutnya, kerajaan dan kementerian akan meminta duta Malaysia di Paris untuk mendengar perbicaraan itu dan membantu sekiranya diperlukan.

Beliau turut menyuarakan keyakinan terhadap sistem mahkamah di Perancis bagi mengendalikan kes itu dan menegaskan bahawa segala operolehan yang dilaksanakan kementerian selama ini adalah telus dan mengikut peraturan.

- MINGGUAN MALAYSIA

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90