Chelsea Juara Piala FA England 2012 tumpaskan Liverpool 2 - 1
WEMBLEY, England 6 Mei - Chelsea terpaksa bergantung kepada kemampuan Didier Drogba bagi kali keempat dalam enam musim untuk menjuarai Piala FA selepas penyerang itu menyumbat gol kemenangan pada perlawanan final Piala FA ke-131 awal pagi ini.
Selepas Ramires mengegarkan Liverpool untuk meletakkan Chelsea di depan pada minit ke-11, Drogba menambah luka The Reds dengan menyumbat gol kelapan dalam lapan perlawanannya di Wembley pada minit ke-52.
Drogba berjaya membolosi pemain pertahanan, Martin Skrtel dan merembat ke gawang lawan selepas menerima hantaran Frank Lampard.
Namun pemain simpanan Liverpool, Andy Carroll berjaya mengubat sedikit luka Reds pada minit ke-64 selepas berjaya melepasi halangan kapten The Blues, John Terry.
Kini Chelsea dilihat semakin ‘sembuh’ menjelang final Liga Juara-Juara sejak Roberto Di Matteo mengambil alih pengurusan dua bulan lalu.
- AGENSI